SK Kg. Jawa tuan rumah Kejohanan Merentas Desa libat semua sekolah di Tawau pada Khamis

SK Kg. Jawa

Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Merentas Desa 12 Tahun Ke Bawah (12TKB) Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Tawau 2026 yang akan berlangsung pada 12 Februari 2026 (Khamis).

Kejohanan yang menghimpunkan penyertaan murid-murid sekolah rendah seluruh daerah Tawau ini akan bermula seawal 7.30 pagi hingga 11.00 pagi, dengan pelepasan peserta dijadualkan pada jam 8.30 pagi di perkarangan SK Kg. Jawa.

Sk Kg. Jawa

Para peserta akan melalui laluan yang ditetapkan termasuk Jalan Tiku, melibatkan kawasan dari Kampung Kongsi 10 hingga Kampung Padang 6, sebelum kembali ke garisan penamat di SK Kg. Jawa.

Majlis dijangka dirasmikan oleh YBrs. Matnoor bin Haji Sima, Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Tawau.

Sehubungan itu, orang ramai khususnya pengguna Jalan Tiku dan penduduk sekitar laluan kejohanan diminta agar:

  • Memberi laluan kepada peserta yang sedang bertanding
  • Memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan terlibat
  • Mematuhi arahan petugas keselamatan dan penganjur

Kerjasama semua pihak amat dihargai bagi memastikan kejohanan berjalan lancar dan selamat.

Acara ini bukan sahaja menyemarakkan semangat kesukanan dalam kalangan murid, malah menjadi platform penting dalam mencungkil bakat baharu sukan olahraga di peringkat daerah.

#TawauKini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *