TAWAU – Pendakwah terkenal Indonesia, Oki Setiana Dewi, bersama adiknya yang juga personaliti media sosial popular, Ria Ricis, bakal bertemu peminat di Tawau menerusi program Ziarah Mahabbah Sabah 2026 yang dijadual berlangsung pada 9 Julai 2026.
Program yang akan diadakan di Dewan Masyarakat Tawau itu dijadual berlangsung dari 7.30 malam hingga 10.30 malam dan dijangka menghimpunkan masyarakat dari seluruh daerah Tawau serta kawasan sekitarnya.

Penganjur menyediakan dua kategori tiket iaitu Pakej Rahmah berharga RM60 dan Pakej Platinum berharga RM450.
Bagi pemegang Pakej Rahmah, tempat duduk adalah secara terbuka dan bebas dipilih, kecuali kawasan yang dikhaskan untuk golongan orang kurang upaya (OKU), warga emas, jemputan khas dan pemegang Pakej Platinum.

Sementara itu, Pakej Platinum yang terhad kepada 160 peserta menawarkan tempat duduk di bahagian hadapan, selain peluang menyertai sesi jamuan tertutup bersama panelis.
Pemegang pakej tersebut turut akan menghadiri sesi sarapan eksklusif bersama panelis pada 10 Julai 2026 di Ballroom Borneo Royale Hotel Tawau.
Selain Tawau, siri Ziarah Mahabbah Sabah 2026 turut akan diadakan di beberapa daerah lain termasuk Lahad Datu, Sandakan dan Kota Kinabalu.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi:
📞 Adel – 011-1625 9809
📞 Samsuddin – 013-850 7970
📞 Kamis – 013-888 0077
Pembelian tiket bagi lokasi Tawau boleh dibuat menerusi pautan:
🌐 https://comboevent.onpay.my/order/form/zms2026-tawau
Program berkenaan dijangka menjadi antara acara yang mendapat perhatian ramai, khususnya peminat Oki Setiana Dewi dan Ria Ricis di Sabah.