Gempa magnitud 3.7 landa Borneo, 88km Utara dari Sandakan

Gempa magnitud 3.7 landa Borneo, 88km Utara dari Sandakan

SANDAKAN, 17 September 2026 – Gempa bumi lemah bermagnitud 3.7 dikesan berlaku di Borneo pada jam 10.30 malam tadi, dengan lokasi gempa berada kira-kira 88 kilometer di utara Sandakan, Sabah.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gempa berkenaan berlaku pada koordinat 6.6° Utara dan 118.3° Timur, dengan kedalaman 392 kilometer.

Lokasi gempa turut dilaporkan berada kira-kira 354 kilometer di selatan Palawan, Filipina.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian berkenaan.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat berkaitan aktiviti gempa bumi terkini melalui portal myGempa METMalaysia.

#TawauKini