Sekolah Paling Berhantu Di Malaysia?!

Zaman sekolah adalah merupakan antara zaman yang sukar dilupakan. Terdapat banyak kenangan yang terpahat di memori dan pastinya mesti ramai yang mempunyai pengalaman menyeramkan tidak kiralah sama ada mengalaminya sendiri mahupun mendengar daripada cerita rakan-rakan. Kan? 

Tahukah anda dalam beberapa artikel yang telah diterbitkan, terdapat beberapa senarai sekolah yang paling berhantu di Malaysia. Mari kita tengok sama ada sekolah anda tersenarai atau tidak ðŸ˜±ðŸ˜±ðŸ˜±

Sekolah Paling Berhantu Di Malaysia?! 

  1. Malay College Kuala Kangsar (MCKK), Kuala Kangsar

MCKK adalah antara sekolah yang tertua di Malaysia yang ditubuhkan oleh pihak British dan mendapat sokongan penuh daripada Sultan Perak, Sultan Idris Murshidul Azam Shah I. Ia merupakan sekolah premier untuk pelajar lelaki sahaja yang telah ditubuhkan pada 1905.  Ramai tokoh terbilang negara telah terhasil daripada sekolah ini. 

Memandangkan sekolah berprestij ini mempunyai sejarah yang panjang, tidak dapat dinafikan MCKK menyimpan kisah menyeramkan yang tersendiri. Antara yang sering menjadi perbualan ialah, kisah suami isteri (yang membina sekolah ini) mati dibunuh setelah mencari anak-anaknya yang tidak sempat melarikan diri apabila sekolah ini ditawan oleh pihak komunis. Anak-anak mereka juga sebenarnya telah dibunuh dengan kejam.

Mereka sebenarnya dikatakan sempat melarikan diri tetapi datang semula untuk mencari anak-anaknya dan telah dibunuh disebuah tangga yang dipercayai masih wujud hingga kini. 

Kisah ini dipercayai menjadi salah satu asbab gangguan yang sering berlaku di asrama terutamanya pada tarikh-tarikh tertentu sehinggakan setiap kali tiba tarikh tu, kalau jatuh pada hari cuti, pihak asrama akan wajibkan budak utk balik rumah masing-masing. (sumber) 

  1. Penang Free School, Pulau Pinang

Sekolah ini juga merupakan sekolah tertua di Malaysia dan Asia Tenggara kerana telah bertapak sejak dari tahun 1816. Lagi lama dari MCKK!

Sesiapa yang datang ke sini dinasihatkan agar sentiasa menjada adab dan percakapan. Kata orang, “benda” tu suka dengan orang baru. Mungkin mahu berkenal-kenalan kan? Hihi. 

Antara kisah seram yang popular ialah, lampu berkedip-kedip dan macam-macam bunyi aneh kedengaran pada waktu malam.  Ada juga yang mendakwa pernah terdengar jeritan wanita pada lewat tengah malam. Dikatakan wanita tersebut adalah roh banduan yang diseksa pada zaman pendudukan Jepun. (sumber)

  1. Saint Michael Institution, Ipoh

Seterusnya, Saint Michael Institution. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah rendah dan menengah lelaki yang telah ditubuhkan pada tahun 1912. Sekolah ini terletak di Ipoh dan dibina oleh mubaligh Katolik.

Sekolah ini dikatakan sangat keras kerana pernah dijadikan ibu pejabat polis rahsia Jepun semasa Perang Dunia Kedua meletus di mana terdapat banyak penyeksaan yang telah terjadi di sini.

Menurut sumber, suasana sekolah ini yang agak suram jika dilihat dari bahagian luar dan terkenal dengan kisah terowong rahsia bawah tanah, gereja kecil serta penampakan lembaga tanpa kepala yang menyerupai paderi.

Kawasan terowong dan sebuah gereja kecil (chapel) di sekolah itu merupakan ‘tempat larangan’ bagi pelajar-pelajar, seboleh-bolehnya mereka tidak digalakkan ke situ atas faktor keselamatan serta dikaitkan dengan kisah mistik yang tersebar luas di kalangan mereka. (sumber)

  1. Victoria Institution, Kuala Lumpur

Terletak di kotaraya Kuala Lumpur Victoria Institution (VI) merupakan sekolah menengah lelaki yang telah ditubuhkan pada tahun 1893. VI pernah dijadikan sebagai pangkalan tentera Jepun semasa zaman pendudukan Jepun.

Difahamkan ramai tentera British serta penduduk tempatan yang diseksa dengan kejam di ruang bawah tanah bangunan sekolah ini. Dikatakan ada yang terlihat kelibat entiti di malam mahupun di siang hari serta banyak berlaku kes pelajar dirasuk. (sumber)

  1. Methodist Boys’ School, Kuala Lumpur

Methodist Boys’ School telah ditubuhkan pada tahun 1897 dan merupakan sekolah kluster. Sekolah ini juga merupakan sekolah rendah dan menengah yang mempunyai ruang kampus yang luas.

Dikatakan terdapat terowong yang dibina pada zaman pendudukan Jepun, dan terdapat dakwaan terlihat roh berkeliaran di dewan sekolah pada waktu malam yang dipercayai roh askar Jepun yang pernah berada di situ. (sumber)

  1. Sekolah Menengah Kebangsaan Serian, Sarawak

Sekolah ini tidak bertapak lama seperti sekolah-sekolah lain di dalam senarai ini. Namun begitu, terdapat pelbagai kejadian aneh yang telah berlaku di sini termasuklah kejadian histeria.

Kejadian yang berlaku pada tahun 2008 itu telah melibatkan seramai 12 pelajar yang baru pulang dari lawatan ke Gunung Gading, Lundu. Mereka telah menjerit dan membuat perkara aneh sehingga sekolah terpaksa ditutup sementara (sumber)

Nampaknya, sekolah-sekolah di Tawau belum masuk carta sekolah terseram lagi ni. Kalau anda ada cerita paling seram dan menarik yang terjadi sekolah anda di Tawau, boleh tinggalkan komen. Nanti kami buat satu artikel khusus untuk anda. Kita tengok sekolah siapa paling seram!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *