Lihat Suasana Pelbagai Lokasi di Tawau sekiranya Kereta Terbang Tahun 2020 Wujud. Pasar Ikan Paling Win!

Semalam, masyarakat di seluruh dunia meraikan sambutan tahun baru 2020. Khasnya di negara kita Malaysia, sambutan tahun baru kali sangat signifikan dengan Wawasan 2020 yang acap kali digembar gemburkan kepada kita satu ketika dahulu.

Lebih-lebih lagi, kita sering membayangkan akan kemajuan teknologi yang begitu pesat pada tahun 2020 di Malaysia, salah satunya sudah pasti teknologi aeromobil ataupun kereta terbang. Kan?

Psst… Jom lihat foto – foto bayangan suasana pelbagai lokasi di Daerah Tawau, sekiranya kita sudah menggunakan teknologi aeromobil ini di Daerah Kita. Enjoy!

Di Tawau, sambutan tahun baru 2020 diraikan dengan meriah oleh pelbagai lapisan masyarakat. Ada yang menghadiri acara keramaian tahun baru di Bandar Tawau, juga tidak kurang meluangkan masa ‘bakar-bakar’ dengan keluarga tersayang di rumah.

Kami seluruh warga TawauKini mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru 2020 kepada anda semua! Semoga tahun ini lebih sukses dan bermakna dari yang sebelumnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *