Bakso Sunset Tawau Tarikan Baharu Kampung Pukat Tanjung Batu

Sekiranya anda penggemar bakso di Tawau, bakso sunset adalah salah satu tempat yang wajib anda  cuba dan rasakan sendiri keenakan dan kelazatannya.

Lokasi kampung, tapi view sunset 5 Star Jo

Menikmati bakso sambil melihat matahari terbenam sudah semestinya satu nikmat dunia yang paling indah. Ibarat menikmati makanan di tempat-tempat terkemuka level 3 ke 4 bintang ditemani pancaran sinaran matahari terbenam. Ihiks. 🙈

Nikmat tuhan mana lagi ingin kau dustakan?

Suasana orang Tawau menikmati Bakso Sunset. Sedakna itu. 😘

Pastinya warga Tawau tercari-cari di manakah lokasi bakso sunset ini? Bakso sunset beroperasi di Kampung Pukat Jambatan Mawar paling hujung.

Menurut Faras Denada yang ditemu bual oleh krew Tawaukini, beliau menjelaskan masa beroperasi dari jam 4 petang sehinggalah jam 9 malam.

Tambahan pula, beliau memberitahu disebabkan keadaan meja yang terhad, jadi siapa cepat dialah dapat tempat untuk makan.

Selain itu juga, bakso sunset ini turut diusahakan sendiri oleh ibu beliau. Mantap bah. 

 Bolehlah stalk dan tanya pasal lokasi     bakso kalau ndak tahu di ig dorang.

Jadi apa tunggu lagi konco? Bah ajak anggota kamu, serbulah bakso sunset. Bah ayok. Jangan kasi lama bah. Aina jo. 🙈🙊😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *