Kerajaan Sabah DIKATAKAN akan bertukar sekali lagi? Ini perkembangan terkini

Sedang kita semua sibuk melihat perkembangan Covid-19, kita tak menduga rupa-rupanya ada “tsunami politik” dikatakan akan berlaku di Sabah. Keadaan ini menyebabkan ramai yang tertanya-tanya tentang status kerajaan negeri Sabah. Setakat ini, adalah kenyataan yang mengatakan Musa Aman berkemungkinan menjadi memimpin Sabah semula.


1. Alhamdulilah saya bersyukur kepada Allah swt kerana akhirnya dengan izin Tuhan, ingin memaklumkan bahawa satu gabungan baharu telah di bentuk bersama dengan Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah (ADUN) dari pelbagai parti.

2. Saya juga ingin memaklumkan yang Menteri Keselamatan dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Datuk Nardin, Setiausaha Politik kepada PM telah membuat Kunjungan Hormat kepada Tuan Yang Terutama pagi tadi untuk memaklumkan gabungan baru yang menyokong Perikatan Nasional di bawah kepimpinan Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memperolehi sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan baru.

3.Tuan Yang Terutama telah meminta saya mengemukakan surat-surat akuan bersumpah yang mengesahkan sokongan mereka.

4. Saya telah menerima surat akuan bersumpah ADUN yang mengesahkan pendirian mereka menyokong gabungan baharu yang saya ketuai.


5. Melangkah ke hadapan, kerajaan gabungan baru akan berusaha memperbaiki dan menghasilkan dasar yang lebih baik untuk membawa Sabah keluar dari keadaan ekonomi yang getir pada saat ini akibat kelemahan Kerajaan Parti Warisan termasuk dalam mengatasi penularan wabak Covid19.


6. Bersama dengan bantuan kerajaan Persekutuan, saya percaya kita bersama-sama dapat mengatasi cabaran yang berlaku, melonjakkan ekonomi, mewujudkan peluang2 pekerjaan dan meningkatkan kehidupan masyarakat.

7. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang secara konsisten mempercayai dan menyokong saya. Saya tidak mengharapkan apa-apa kecuali komitmen dan dedikasi sepenuhnya dari semua wakil rakyat untuk kepentingan dan kesejahteraan rakyat.


Apa pandangan anda dengan pertukaran kerajaan negeri Sabah? Adakah anda rasa pertukaran kerajaan di negeri kita akan membawa lebih banyak manfaat? Jangan lupa kongsikan pandangan anda bersama kami. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *