Sebut sahaja tentang makanan di tawau, sebenarnya daerah tawau terdapat banyak makanan yang sedap dan murah. Tapi tahukah anda? terdapat satu makanan yang sangat legend dan menjadi kegilaan anak-anak tawau tidak kiralah yang berada di daerah tawau mahupun anak Tawau di perantauan.
Makanan Lokal Top Di Tawau
Martabak jawa tidak asing lagi bagi warga Tawau untuk menjadi santapan tidak kira pada waktu petang, malam ataupun makanan hujung minggu bersama dengan keluarga. Kenapa orang Tawau suka betul dengan martabak Jawa ya?
Sebenarnya, martabak jawa ni boleh dikatakan sebagai lambang atau makanan top lokal yang berada di tangga yang pertama. Bila sebut sak tentang tawau dengan pelancong atau orang luar, pasti orang Tawau akan mensyorkan untuk mencuba martabak jawa. Dengan harga serendah Rm3, anda boleh mendapatkan sekeping martabak jawa dengan lada kicapnya yang sedap dan mengiurkan. Biasanya orang cakap kalau makan satu keping sak gantung bah jo. Paling-paling mesti kenak 2 atau 3 keping konco barulah kau kick dan padu bah.
Rahsia Kesedapan Martabak Jawa Tawau
Kalau cerita tentang apa sebenarnya ramuan rahsia yang terkandung dalam sekeping martabak jawa, sebenarnya ndaklah rahsia betul pun. Tapi di sini min kongsilah kalau mahu tahu sedap atau ndak martabak tu. Kesedapan dan keenakan martabak jawa itu dilihat daripada ketebalan martabak dan juga kepedasan dan rasa sambalnya.
Semakin tebal martabak, semakin padat dan banyak isinya jo. Nah disitu matinya bilang orang Tawau. Martabak yang tebal ditambah dengan sambal kicap yang pedas dan kick auranya, awwe bella. Dia-dia sudah tu konco. Jadi kalau mahu beli martabak tu brads, beli yang tebal dan kick sambalnya ya. Asikk.
Lokasi Martabak Jawa Tawau
1. Kongfa Tawau berhadapan Parkwell
Tempat ini sangatlah legend dan terkenal dalam kalangan orang Tawau. Apa ndaknya, di sinilah terdapat banyak pilihan gerai makanan untuk anda mendapatkan martabak jawa. Pokoknya, akarnya sambal-sambal martabak di sini memang top jo nombor 1 di Tawau. Datang kamu rang membeli di sini, selain martabak Jawa, terdapat banyak juga pilihan makanan lain seperti terang bulan, sanggar, lekor dan sayap-sayap ayam bah. Sedakna itu makang petang-petang.
2. Martabak Kompleks Padang Rugby
Siapa yang tinggal area Taman Semarak, Taman Wawasan, Pasir Putih dan Taman ria, nah jo, di sini kamu boleh dapatkan martabak Jawa. Padu jugaklah dia punya martabak sama sambalnya. Dorang pun ada jual makanan lain macam gado-gado, soto, sayap-sayap gitu. Apa yang menariknya di gerai makanan ni, boleh drive thru bah macam McD kalau kau membeli. Ndak payah kau turun. kau order sak, nanti dorang hantar pegi kereta. semartkan? Mana kau mahu cari Martabak Drive Thru di Tawau ni. Di sini sak ada konco. Mantullls
Martabak Tawau juga bah paling idol jo. 😘❤😍 #TawauKini #MartabakJawaTawau #MakananFavourite #IdolKonco
Posted by TawauKini on Monday, 10 February 2020
Oklah gais, jangan lupa ya untuk cadangkan makanan favourite lokal kita ni dengan orang luar. Wajib untuk kasi cuba try test dorang rasa. Githcu. Bah apa lagi jo, membeli kamu martabak jawa ni malam. Ayok! Jangan kasi lama bah!
Related