Kelonggaran Pemakaian Baju Sukan Diteruskan

pemakaian baju sukan



PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan bahawa untuk sesi persekolahan 2024/2025 yang bermula pada Mac ini, murid-murid akan dibenarkan memakai pakaian baju sukan selama dua hari setiap minggu. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, menyatakan bahawa keputusan ini adalah hasil daripada sesi libat urus bersama industri pendidikan dan komuniti yang dilakukan oleh KPM.

Beliau turut menyatakan bahawa kelonggaran pemakaian baju sukan, yang sebelum ini telah diperkenalkan pada 3 Mei tahun lalu disebabkan oleh cuaca panas, juga akan diteruskan selama dua hari. Manakala, sehari lagi akan dikhaskan untuk pemakaian seragam kokurikulum.

pemakaian baju sukan

Fadhlina menekankan bahawa KPM akan mengeluarkan surat pekeliling untuk memberitahu semua pihak mengenai ketetapan ini. Tambahan pula, beliau menyatakan bahawa sekolah-sekolah akan diberikan kuasa autonomi untuk menentukan hari pemakaian seragam, baju sukan, dan kokurikulum. Semua butiran ini akan diperincikan di dalam surat pemakluman yang akan dikeluarkan oleh KPM.

Baca Juga : Cungkil Bakat Melalu Sukan Futsal

Dalam perkembangan lain, Fadhlina turut mengumumkan bahawa KPM mempunyai hasrat untuk melatih 8,000 guru opsyen Bahasa Inggeris. Langkah ini diambil dalam usaha untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid. Selain daripada itu, Kementerian Pendidikan (KPM) juga membuat pemantau Sistem Pengurusan Identiti (iDME) setiap jam. Perkara ini untuk memastikan sistem itu berada dalam keadaan baik.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *