Inisiatif Papan Tanda Baru JKK DUN APAS : Mudahkan Komunikasi dengan Pengerusi


TAWAU – Jawatankuasa Pengerusi JKK DUN Apas melancarkan satu inisiatif menarik untuk memperkukuhkan lagi hubungan antara pemimpin tempatan dan masyarakat. Inisiatif ini melibatkan penggunaan papan tanda JKK yang akan diletakkan di pejabat gerakan atau rumah masing-masing Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKK) yang berjumlah 18 di kawasan DUN APAS.

Datuk Hj Nizam Abu Bakar Titingan, ADUN APAS, yang menyertai majlis makan tengahari yang dianjurkan oleh Pengerusi JKK ini, menyatakan kepentingan langkah ini dalam memudahkan komunikasi antara masyarakat dan Pengerusi JKK. Beliau turut memberi penekanan kepada peranan penting JKK sebagai perantara di antara wakil rakyat dan penduduk tempatan.

papan tanda JKK

Papan tanda tersebut akan memuatkan maklumat penting seperti nama, jawatan, nombor telefon, dan alamat emel Pengerusi JKK. Tujuannya adalah untuk memastikan masyarakat dapat menghubungi Pengerusi JKK dengan mudah bagi sebarang keperluan dan permasalahan yang mungkin timbul.

Inisiatif ini menjadi satu langkah positif dalam meningkatkan keakraban antara masyarakat dengan Pengerusi JKK. Mereka telah dianggap sebagai wajah kerajaan di peringkat kampung. Diharapkan, dengan adanya papan tanda ini, masyarakat akan lebih senang mengenali dan mendekati wakil mereka. Perkara ini untuk memudahkan berkongsi pendapat, keperluan, atau sebarang isu yang perlu diselesaikan.

Baca Juga : Cungkil Bakat Melalu Sukan Futsal

Selain daripada pengenalan papan tanda ini, majlis makan tengahari yang dianjurkan juga mencerminkan semangat kekeluargaan di antara wakil rakyat dan masyarakat. Datuk Hj Nizam menyatakan bahawa majlis seumpama ini penting dalam merapatkan hubungan dan merencanakan strategi untuk pembangunan setempat. Inisiatif ini mendapat sambutan yang positif daripada hadirin majlis makan tengahari tersebut.

papan tanda JKK

Majlis makan tengahari tersebut memberi peluang kepada wakil rakyat untuk bertemu dan berinteraksi secara santai dengan Pengerusi JKK. Ini membina satu platform mencungkil idea dan cadangan dapat dikongsi secara langsung. Selain itu, mencerminkan semangat kerjasama yang diperlukan untuk pembangunan kawasan DUN APAS.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *