Setiap daerah pasti ada tempat yang jadi tumpuan pelajar-pelajar selepas mereka habis bersekolah. Kalau diikutkan, tempat-tempat ni mestilah yang mampu memberi ketenangan fikiran, sebabnya keadaan di sekolah selalu bagi kita banyak tekanan. Kami pun tak tahu macam mana budak-budak sekolah sekarang habiskan masa-masa dorang sekarang, tapi bagi mereka yang bersekolah pada tahun 2003-2012, memang cybercafe ni tempat wajib untuk dilawat.
Kalau tanya kami, salah satu tempat yang kami akan habiskan masa adalah di cybercafe, sebab maklumlah kami ni bukan anak orang kaya, tak ada komputer dan internet di rumah. Selalunya kami kalau habis sekolah sebelah pagi, petangnya akan lepak di Dacom sudah. Cuma bukan hari-hari lah, kena kumpul duit dulu, baru boleh main.
Zaman sekarang ni bagus sudah, kurang pengugut. Kalau kami dulu, tak berani tayang-tayang phone di tengah jalan, sebab takut nanti ada yang intip. Kalau kau sudah di “mark”, memang kau kena hati-hatilah, sebab besar potensimu untuk diugut. Selalunya kami dulu akan diugut duit dan telefon. Dulukan bukan semua orang ada telefon, jadi dia nampak mahal lah.
Kami dulu, kalau main game ni, DUA RINGGIT satu jam. Selalunya kalau main akan dua atau tiga jam. Macam-macam game lah kami main. Kalau yang main dota atau CS, memang doranglah yang akan paling bising dalam tu.
Wehh…rindu bha, zaman dulu-dulu. Di mana lagi tempat kamu selalu lepak?