INFO PENTING!! ~ Untuk Semua Pelanggan BSN Tawau



Setiap kali melewati blok bangunan berdekatan Masjid Al-Kauthar yang menempatkan salah satu cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), kelihatan begitu ramai manusia yang berbeza lingkungan umur sedang berbaris panjang seawal pagi (selepas subuh). Adakalanya, beberapa orang kelihatan duduk tersenguk-senguk menanti giliran untuk masuk ke dalam bank. Perkara ini kelihatan amat janggal sebelum musim pandemik ini tiba walaupun BSN merupakan antara bank yang tersibuk di daerah Tawau ini.


 

Berikut merupakan info yang berguna untuk sesiapa yang mempunyai sebarang urusan di Bank Simpanan Nasional (BSN) Tawau:
  •  Setiap Hari Jumaat Untuk Mengambil Nombor Giliran Berurusan BSN . Hal ini kerana, waktu mengambil nombor dan waktu berurusan adalah pada waktu berlainan. Setiap  hari Jumaat, sebanyak 700 nombor akan diagihkan bagi urusan di bank BSN minggu hadapan – ambil nombor giliran anda setiap hari jumaat dan dalam nombor giliran tersebut baru akan ditulis/dimaklumkan tarikh untuk datang berurusan.

Contoh Nombor Berurusan Di BSN Tawau

  •  Rancang urusan anda sebaiknya agar anda tidak perlu berulang-alik untuk berurusan. Kaunter beroperasi mengikut urusan tertentu. Contoh urusan; pengambilan duit, kad tertelan dll.
  •  Bawa semua dokumen penting seperti kad pengenalan, photostat dokumen-dokumen yang penting, kad bank dll item yang dirasakan penting . Lebih baik bawa semua daripada terpaksa balik rumah selepas berbaris panjang sampai krem kaki.
  •  Masa bank beroperasi; pukul 9 pagi – 3 petang . Pastikan datang sebelum waktu yang dinyatakan untuk mengelakkan urusan anda tidak selesai. Lagi awal anda datang, lagi cepat urusan anda akan selesai. (sumber: mybsn.com.my).
Bentuk Memo Maklumat Berkaitan Cara Berurusan Di BSN Tawau

Masa Operasi BSN Tawau:
Isnin- Khamis: 9 Pagi-3 Petang
Jumaat: 9 Pagi- 12 Tengah Hari, 1.30 Tengah hari- 3 Petang


Jangan lupa sampaikan info ini kepada ahli keluarga dan kawan-kawan yang memerlukan untuk membantu mengurangkan kesesakan yang berlaku. Rancang sebaiknya urusan anda dengan teratur agar dapat diselesaikan dengan cepat dan mudah. 

Semoga tips ini sedikit sebanyak dapat membantu anda!

Sumber: my.bsn.com.my



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *