Salam ramadan semua! Apa khabar ramadan anda?
Semoga kita semua masih bersemangat untuk terus melakukan ibadah sepanjang bulan ramadan ini.
Kalau rasa semangat itu memudar, sentiasa ingatkan diri “mungkin inilah ramadan ku yang terakhir”, mudah-mudahan kita dapat bangkit segera untuk melakukan yang terbaik sepanjang bulan ramadan ini.
Disamping melakukan ibadah sunat, kita juga seharusnya menyegerakan usaha untuk melunaskan ibadah wajib yang kita tinggalkan contohnya seperti, solat. Setiap solat yang ditinggalkan adalah wajib untuk digantikan semula.
Berikut adalah cara yang dikongsikan oleh Ustaz Muhammad Fahmi di laman twitter beliau.
Beliau pernah berkhidmat di Pejabat Mufti Wilayah selama 5 tahun (2015-2020) sebagai Pegawai Hal Ehwal Islam bahagian Penyelidikan dan terlibat langsung dalam penerbitan Irsyad Al Fatwa, Al Kafi lil Fatawi, Bayan Linnas, dan sebagainya.
Beliau menulis di laman twitternya;
“Seseorang yang banyak meninggalkan solat subuh, dan dia ingin pemangkin untuk qada kesemua solat tersebut, antara caranya:
Dia boleh qada solat subuh dengan mengikut imam solat tarawih sebanyak 20 rakaat. Sekurang-kurangnya, 10 kali qada subuh telah selesai.
Secara umumnya, tidak ada masalah untuk orang yang solat fardu untuk menjadi makmum kepada orang yang melakukan solat sunat.
Bacaan qunut subuh bagaimana ? Seperti yang kita tahu, qunut itu adalah bacaan yang meliputi doa dan pujian kepada Allah.
Kalau kita sebut : اللهم يا غفور اغفر لي ;Ya Allah yang Maha Pengampun, ampunkanlah aku. Ini telah dinamakan qunut.
Tiada masalah jika tak angkat tangan masa doa qunut.
Semoga bermanfaat.“
“Imam Al-Nawawi kata: Sah solat orang yang solat adā’ (dalam waktunya) dengan mengikut orang yang solat qada’. Sah solat orang yang solat fardu ikut imam yang solat sunat. Dan beliau kata : Begitu juga keadaan sebaliknya / vice versa.Rujuk Minhāj Al-Talibin.“