Datuk Seri Panglima Hong Teck Guan, Pengasas Syarikat Terkenal Di Tawau ~ Miliki lebih 5 jenis perniagaan?!

 “Di mana kau tinggal ni?” 

“Di tanjung batu laut sana tu, yang dekat Teck Guan tu”

“oooooooooooo”

__


Teck Guan merupakan salah satu syarikat yang tidak asing lagi khususnya buat warga Tawau. Sebut sahaja nama syarikat ini, orang awam pasti tahu dimana letaknya ia. Tahukah anda siapakah yang menubuhkan syarikat ini?

Apalagi mari kita baca kisah hidup pengasas syarikat terkenal ini iaitu, Datuk Seri Panglima Hong Teck Guan. 

Latar Belakang 

Datuk Seri Hong Teck Guan dilahirkan pada tahun 1914. Selepas kematian ayahnya, beliau diajak untuk berhijrah ke Kedah (bekerja dan belajar) oleh salah satu ahli keluarganya. Pada tahun 1934, sekali lagi beliau berpindah ke Kuching dan belajar menjadi nelayan daripada seorang pak ciknya. Setahun kemudian (1935), beliau kini memiliki sebuah bot nelayan dan berjaya memulakan perniagaan di Sabah.

Ketika berada di Tawau (1938), beliau terperangkap dalam peperangan dunia kedua dan disebabkan itu beliau gagal untuk pulang ke Kuching semula. 

Perkembangan Perniagaan 

Jepun menduduki sabah bermula tahun 1938 sehingga 1941 semasa Perang Dunia II. Sepanjang tempoh ini,  sumbangan besar Datuk Seri Hong Teck Guan dalam peristiwa  mengancam nyawa ini ada direkodkan dalam Arkib Sabah. 

Perniagaan beliau di Tawau selepas perang dunia kedua iaitu pada tahun 1944, memberi faedah besar kepada beliau dengan membuka peluang untuk beliau berdagang bersama tentera bersekutu. Dengan modal yang sangat besar, Datuk Seri Hong menyebarkan sayap syarikatnya yang digelar Teck Guan sempena nama beliau ke merata daerah di Sabah dan negara-negara di luar negara.

Setelah musnah dijilat api dalam kebakaran besar-besaran pada tahun 1953, setahun kemudian Teck Guan mengorak langkah lagi dalam bidang perniagaan dengan bekerjasama dengan Boustead Trading untuk mengawal pengedaran kelapa kering di seluruh Sabah. Teck Guan memulakan perniagaan dengan Shell pula pada tahun berikutnya.


Seterusnya, memulakan penanaman pokok koko di Balung pada tahun 1957 sebelum menceburi pembuatan produk berasaskan koko pada tahun 1975. Sebuah kilang Majulah Koko Tawau telah ditubuhkan pada tahun 1976. Hasil usaha penerokaan beliau dalam  penanaman koko di Malaysia, beliau berjaya mempromosi bandar Tawau yang selama ini tidak dikenali untuk menjadi  Model Asia Koko.

Dua tahun kemudian, beliau meluaskan lagi perniagaannya dengan memulakan operasi kilang papan dan kilang bata. Pada tahun 1960, beliau memulakan penanaman getah dan kelapa sawit.

Sumbangan/Pencapaian

Pada tahun 1947, beliau telah mendanai sebuah sekolah rendah iaitu Yuk Chin Primary Schools yang terletak di Tawau, Sabah. Datuk Seri Hong bersama-sama dengan sekumpulan aktiviti sosial Cina & perniagaan juga mendanai Sekolah Tinggi Cina Sabah (SCHC) pada tahun 1964. Beliau telah menderma RM1.5 juta kepada Sekolah Tinggi Cina Sabah.

Selain itu, Teck Guan juga membangunkan projek perumahan yang pertama di Sabah, yang dikenali sebagai Teck Guan Villa.

Pada tahun 1973, Datuk Seri Hong Teck Guan telah diberi penghormatan dengan gelaran Datuk oleh Gabenor Sabah dan Datuk Seri Hong Teck Guan Amanah telah ditubuhkan (1981). Datuk Seri Hong telah dianugerahkan dengan gelaran Datuk Seri Panglima oleh Gabenor Sabah pada tahun 1991.

1992, Datuk Seri Hong telah dikurniakan Anugerah Tokoh Wargatua Bapa sulung negeri. Pada tahun 1996, Teck Guan Perdana Berhad telah disenaraikan di Paparan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL), Second Board of Kuala Lumpur Stock Exchange (KLSE).

Datik Seri Panglima Hng Teck Guan meninggal dunia pada 1997, dan mewariskan semua harta dan perniaagan kepada anak cucunya. 

Begitu banyak pencapaian dan usaha yang dilakukan beliau semasa hayatnya sehingga syarikat beliau berkembang maju dan kekal utuh sehingga ke hari ini. Maka wajarlah kita mencontohi usaha dan semangat beliau dalam memajukan diri, keluarga dan masyarakat.

Sumber:
http://www.teckguan.com/TG/datuk.html
http://yuyunmatcul.blogspot.com/2017/03/sejarah-tawau-sejarah-tawau-tidak.html

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *