[Terkini] Nilai Tambahan Bantuan Prihatin Rakyat

Pada hari ini, 31 Mei 2021, Tan Sri Muhyidin Yassin melalui sidang medianya menyatakan berkenaan Bantuan Pemerkasa Tambahan sempena dengan pelaksanaan PKP yang bermula 1 Jun 2021.

Tiga matlamat disasarkan untuk bantuan kali ini iaitu : 
1. Tingkatkan kapasiti kesihatan awam
2. Meneruskan agenda prihatin rakyat
3. Menyokong agenda perniagaan
Bantuan Prihatin Rakyat merupakan antara yang menjadi tumpuan pada pengumuman kali ini. Nilai tambahan diperuntukkan oleh kerajaan bagi program Bantuan Prihatin Rakyat. 

Berikut merupakan pertambahan bagi nilai Bantuan Prihatin Rakyat : 
1. Kategori Isi Rumah Berpendapatan di Bawah RM2500
Kadar BPR – Tambahan RM500
2. Kategori Isi Rumah Berpendapatan RM2501 sehingga RM5000
Kadar BPR – RM300
3. Kategori Bujang 
Kadar BPR – RM100 

BPR tambahan ini akan mula dimasukkan ke akaun penerima pada hujung bulan Jun nanti. Bayaran ini merupakan tambahan kepada fasa bayaran terakhir BPR bulan September kelak sebanyak 2.4 bilion ringgit. 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *