VINCENZO; Bagi sesiapa yang meminati drama Korea, anda pasti tahu drama ini!
Seorang penulis buku dan pengguna laman twitter, Ayman Rashdan Wong telah berkongsi di laman twitter beliau mengenai drama ini dan mengaitkan jalan cerita drama ini dengan realiti yang berlaku di Korea Selatan.
” Jadi drama ni adalah sindiran terhadap korupsi di Korea Selatan yang didalangi syarikat besar (conglomerates) yang dikenali sebagai “chaebol”. Chaebol ni terlibat dalam pelbagai bidang. Samsung bukan buat phone je. Semua benda dia tapau, mikrocip, kapal, besi, bahan kimia.”
5 chaebol terbesar mewakili hampir separuh ekonomi Korea Selatan dan syarikat chaebol ini bukan macam GLC kita yang public-owned, tetapi dimiliki oleh keluarga. Samsung keluarga Lee, Hyundai keluarga Chung, SK keluarga Chey, Lotte keluarga Shin, LG keluarga Koo.
Chaebol ini terjadi ketika zaman Presiden Park Chung-hee (1961-1979). Park bagi bantuan kepada beberapa keluarga terpilih untuk membangunkan industri terpilih. Tujuannya bukan saja untuk bangunkan Korea dalam masa singkat, tetapi untuk membela kroni demi mengukuhkan kuasanya. Lama-kelamaan, chaebol ini jadi lebih berkuasa berbanding kerajaan.
Mereka menyumbang dana kepada ahli politik (menteri & ahli parlimen) yang akan permudahkan bisnes diorang. Mereka juga sanggup beli hakim, polis dan pendakwa raya untuk tutup korupsi mereka.
Watak Vincenzo dalam drama ini merupakan seorang mafia yang menggunakan cara tak bermoral (ugut, tipu, bunuh) untuk membantu menegakkan keadilan, dan dia sebenarnya lebih didorong oleh self-interest (untuk dapatkan emas) berbanding soal keadilan semata-mata.
Tagline drama ni (only evil can punish evil) berasal dari pepatah Itali “un diavolo scaccia l’altro” (hanya syaitan mampu halau syaitan) memberi vibe “realpolitik” kepada drama ini –“Menjadi baik sekiranya mampu, menjadi jahat sekiranya perlu”.
Dulu orang sedar chaebol punca ketidakadilan, tetapi orang tetap mahu kerja di chaebol. Tetapi, sejak Moon Jae-in (sahabat baik Roh) jadi presiden pada 2017, satu per satu politikus yang terima rasuah chaebol (termasuk Lee Myung-bak) disiasat dan disabit kesalahan. Ketua Samsung, Lee Jae-yong pun dijatuhkan hukuman penjara baru-baru ni.
Orang ramai dan media jadi lebih kritikal dan marah dengan chaebol. Tapi orang juga semakin hilang keyakinan terhadap sistem perundangan yang dianggap dah korup. Jadi Vincenzo menggambarkan sentimen harapan wujudnya “antihero” seperti Vincenzo bagi menuntut keadilan. Fenomena chaebol sebenarnya bukan ada di Korea saja. Di Jepun, US, Indonesia, Thailand pun ada.
__
Di negara kita, jika kita perhatikan kebelakangan ini, orang ternama, kaya dan mempunyai pengaruh atau dikenali sebagai “golongan kayangan” kelihatan seperti “kebal” undang-undang dan “double standard” berlaku di mana-mana.
Walaupun tidaklah sampai ke tahap kekejaman seperti apa yang berlaku di Korea dll tetapi, ketidakadilan yang berlaku pada golongan minoriti iaitu rakyat yang miskin dan tidak berkuasa kelihatan agak jelas.
Adakah “golongan kayangan” yang ada di Malaysia juga adalah termasuk salah satu fenomena chaebol?
Hm.
Related