Kemungkinan besar tiada raya mengejut seperti yang berlaku pada tahun lepas 2022. Perkara ini dikongsikan oleh Jabatan Mufti Selangor yang memberi bayangan awal umat islam di Malaysia akan berpuasa genap 30 hari.
Hal ini berdasarkan analisis hisab atau kiraan awal yang memaparkan hilal syawal dijangka tidak memenuhi imkanur rukyah atau kriteria penampakan kedudukannya.
Kriteria Baharu Digunakan Sejak 2021
Berdasarkan maklumat, data dari Balai Cerap Selangor di Sabak Bernam, altitud atau ketinggian anak bulan dari matahari ialah dua darjah 11 minit.
Sementara elongasi atau jarak lengkung bulan dengan matahari diunjurkan pada kedudukan dua darjah 37 minit, sekali gus gagal menepati imkanur rukyah yang ditetapkan.
Kriteria baharu yang diguna pakai sejak tahun 2021 itu mengkehendaki altitud mesti tidak kurang daripada tiga darjah, manakala elongasi pula harus lebih enam darjah 24 minit.
Andaian Netizen Raya 21 April 2023
Tular dalam kalangan netizen minggu lalu, apabila tangkap layar hebahan elektronik Masjid di Wilayah Persekutuan ibu negara yang didakwa memaparkan akhir Ramadan pada 20 April ini.
Paparan ini memberi kejutan kepada ramai orang yang risau keadaan raya mengejut seperti tahun lalu akan berlaku lagi pada tahun ini.
Kerisauan raya mengejut inilah yang dirisaukan oleh netizen kerana takut persediaan raya akan terganggu seperti tahun lepas.
Tidak Membuat Spekulasi Membimbangkan
Oleh itu, Jakim mengeluarkan kenyataan yang menasihatkan agar umat islam tidak membuat sebarang andaian yang memberikan kebimbangan kepada masyarat.
Tarikh Cerapan Hilal Syawal 1444H
Tarikh cerapan hilal syawal bagi tahun ini (1444H) adalah pada hari khamis, 29 Ramadan 1444H bersamaan 20 April 2023.
Apa pun kita tunggu bersama penguman yang akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Majlis Raja-Raja kelak.
Sumber: Sinar Harian