Kumpulan Sawit Kinabalu Hulur Bantuan Kepada Penduduk Tawau Yang Terjejas

Kumpulan Sawit Kinabalu menghulurkan bantuan bakul makanan kepada penduduk yang terjejas di Tawau. Bantuan disalurkan melalui pemimpin masyarakat setempat iaitu Datuk Nizam Abu Bakar Titingan merangkap Pembantu Menteri Kewangan Negeri Sabah. 

Sebanyak 500 buah bakul makanan diberikan untuk diagihkan kepada penduduk yang terjejas di Daerah Tawau. Pelaksanaan bantuan bakul makanan ini diagihkan diseluruh daerah di Sabah dengan peruntukan sebanyak RM1 juta yang dikeluarkan oleh syarikat berkenaan. 
“Diharapkan syarikat ini akan terus sukses dan memberikan pulangan kepada pendapatan negeri sekaligus membantu rakyat di Sabah”, demikian yang diperkatakan oleh Datuk Nizam sejurus menerima bantuan bakul makanan yang akan disalurkan. 

Kumpulan Sawit Kinabalu bukan sahaja berjaya memberikan pendapatan kepada Negeri Sabah tetapi ianya juga dilihat sebagai sebuah syarikat yang sangat prihatin terhadap permasalahan rakyat. 
Menurut Pengurus Besar Sawit Kinabalu Wilayah Tawau, Zarkarni Samsul, bantuan bakul makanan ini merupakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi syarikat dan akan diagihkan kepada semua daerah di negeri ini. 

Katanya, kami berharap dengan bantuan tersebut dapat meringankan beban penduduk yang memerlukan dan mengharapkan semua masyarakat mendoakan kejayaan syarikat ini supaya terus berjaya di masa hadapan. 

Sumber : Utusan Borneo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *