Senarai 10 Pakej Bantuan PEMULIH – Bantuan Sehingga Akhir Tahun 2021

Sebentar tadi, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan pakej yang diberi nama Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH). Pakej ini akan memberikan bantuan kepada segenap masyarakat sehingga penghujung tahun 2021. 

Berikut merupakan antara senarai bantuan yang diumumkan sebentar tadi :


1. Bantuan Khas COVID-19 atau BKC

Isi rumah kategori miskin tegar bakal menerima bantuan sebanyak 500 ringgit pada bulan Ogos, 500 ringgit pada bulan November, dan 300 ringgit pada bulan Disember. Manakala individu bujang kategori miskin tegar akan menerima bantuan sebanyak 200 ringgit pada bulan Ogos dan 300 ringgit pada bulan

November;

  • Isi rumah kategori B40 akan menerima bantuan sebanya 500 ringgit pada bulan Ogos dan 300 ringgit pada bulan Disember.
  • Bujang kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak 200 ringgit pada bulan Ogos
  • Isi rumah kategori M40 turut menikmati bantuan sebanyak 250 ringgit, manakala bujang kategori M40 akan menerima 100 ringgit pada bulan Ogos nanti.
2. Bantuan Kehilangan Pendapatan
Sebanyak 500 ringgit akan disalurkan kepada pekerja yang kehilangan pendapatan berdasarkan data KWSP atau PERKESO dalam tahun 2021. Bantuan ini dijangka memanfaatkan sehingga 1 juta ahli yang melibatkan implikasi kewangan 500 juta ringgit


3. Program Bantuan Bakul Makanan 

Program Bantuan Bakul Makanan sedia ada, Kerajaan bersetuju memperuntukkan sebanyak 300 ribu ringgit kepada setiap ahli Parlimen, termasuk Ahli Parlimen Pembangkang, untuk melaksanakan Bantuan Bakul Makanan kepada golongan terjejas di kawasan masing-masing
4. Diskaun bil elektrik


Memberikan diskaun bil elektrik antara 5 hingga 40 peratus mengikut penggunaan kadar elektrik dengan had maksimum 900 kilowatt jam sebulan. Antaranya, diskaun sebanyak 40 peratus akan diberikan kepada penggunaan elektrik bawah 200 kilowatt jam sebulan dan 15 peratus bagi penggunaan antara 201 hingga 300 kilowatt jam sebulan.

5. Kemudahan Internet

Syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi utama negara telah bersetuju untuk melanjutkan pemberian 1 gigabit data harian secara percuma sehingga 31 Disember 2021. Kemudahan ini yang dianggarkan bernilai 500 juta ringgit bakal memanfaatkan 44 juta pelanggan berdaftar di seluruh negara. 

6. Perkhidmatan Bank Bergerak

Bagi memudahkan lebih ramai rakyat mendapatkan perkhidmatan perbankan, Kerajaan akan menawarkan peruntukan sebanyak 18 juta ringgit untuk bank tempatan menyediakan kira-kira 30 unit Bank Bergerak di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, yang bakal merangkumi 250 kawasan dan mukim di luar bandar.

7. Geran Khas Prihatin

Di bawah PEMERKASA Tambahan, penerima yang layak telahpun mendapat bayaran GKP 3.0 mereka sebanyak 1 ribu ringgit kira-kira dua minggu lepas, dan bakal mendapat 500 ringgit lagi pada pertengahan bulan Julai nanti. Memahami kesukaran yang dihadapi oleh pengusaha PKS mikro pada masa ini, sukacita saya ingin mengumumkan bahawa Kerajaan telah bersetuju untuk menyediakan bayaran tambahan di bawah GKP 4.0 kepada penerima yang layak iaitu sebanyak 500 ringgit akan dibayar pada bulan September dan 500 ringgit lagi pada bulan November 2021. 

8. Bantuan Khas Taska

Digunakan untuk keperluan sanitasi dan pembelian peralatan nyahkuman bagi 16 memastikan kebersihan dan keselamatan anak-anak yang ditempatkan di pusat asuhan dan tadika.
9.  i-Citra and Moratorium Bayaran Balik Pinjaman Bank

KWSP akan memperkenalkan kemudahan pengeluaran baharu iaitu i-Citra. Menerusi i-Citra, seramai 12.6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga 5 ribu ringgit dengan kadar bayaran tetap 1 ribu ringgit sebulan untuk tempoh lima bulan, tertakluk kepada jumlah simpanan KWSP ahli.

10. Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran

Memberikan moratorium bersasar selama tiga bulan kepada peminjam-peminjam PTPTN, seterusnya menangguhkan bayaran balik Pinjaman Pelajaran MARA untuk tempoh tiga bulan atau penjadualan semula bayaran balik pinjaman dengan ansuran bulanan serendah 100 ringgit selama 12 bulan

Sumber : Teks Perutusan YAB Perdana Menteri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *