Pasar Gantung merupakan satu ikonik kepada Daerah Tawau suatu ketika dahulu. Keunikan tempat ini terletak pada nama dan kepelbagaian barangan yang dijual disitu. Pasar Gantung yang menjadi gelaran nama tersebut menjadikan lokasi tersebut menjadi tumpuan untuk para pelancong samada dalam dan luar negara.
Pelbagai barangan dijual disini termasuk pakaian, kraf, mutiara dan banyak lagi barangan lain. Pakaian dan barangan yang dijual secara tergantung menjadikan lokasi ini diberikan gelaran sebagai Pasar Gantung. Ketibaan pelancong samada dalam atau luar negara di Tawau menjadikan Pasar Gantung sebagai lokasi wajib dikunjungi sekiranya datang ke Tawau selain daripada Pasar Tanjung Tawau.
Di pasar sini anda boleh mendapatkan barangan menarik dari Indonesia dan Filipina. Kraftangan tikar dan bakul pelbagai warna. Mereka yang berminat dengan kerajinan kayu yang menarik dan keranjang tenunan hiasan dan cenderahati, ‘Pasar Gantung’ menawarkan sejumlah besar barang yang dibuat dari dalam dan diimport dari Indonesia dan Filipina. Di pasar ini anda dapat menjumpai pakaian batik, sarung dan barang pakaian lain yang menarik.
Untuk membeli cenderahati, anda dapat menjumpai banyak barang di “Pasar Gantung” di kota Tawau. Pasar Gantung secara harfiah bermaksud Pasar Gantung dan dinamakan sedemikian rupa kerana kebanyakan barang yang dijual di sana digantung. Anda boleh mendapatkan pelbagai barang di sini seperti barang hiasan isi rumah, kraftangan tempatan, seperti bakul tenunan tangan dan alas dan pakaian.
Namun, pada 14 Julai 2017, kira-kira empat tahun yang lalu, sekitar pukul 5 pagi, satu kejadian yang menyedihkan berlaku. Kebakaran yang melibatkan Pasar Gantung dan beberapa premis lain mengejutkan masyarakat Tawau pada ketika itu. Lebih 80 peniaga hilang tempat berniaga selepas lima gerai menempatkan lot perniagaan mereka di Pasar Gantung di Jalan Stephen Tan dekat bandar Tawau, di sini, musnah dalam kebakaran.
Kebakaran bermula kira-kira jam 4.45 pagi itu memusnahkan lebih separuh lot niaga di pasar berkenaan dengan kebanyakannya membabitkan premis menjual barangan cenderamata, kraftangan dan pakaian.
Menurut salah seorang saksi yang berada di tempat kejadian, k
ebakaran bermula dari hujung gerai berhampiran dengan pagar masjid bandar, api mula marak dari sebelah pagar masjid dan terus merebak ke gerai lain.
Sejak daripada kejadian tersebut, masyarakat Tawau kehilangan satu lokasi ikonik di Tawau sebagai satu tempat tarikan bagi pengunjung, bukan sahaja didalam negara namun juga daripada luar negara. Tidak ada tempat mampu menggantikan Pasar Gantung di Tawau. Terdapat beberapa tempat diwujudkan bagi menggantikan Pasar Gantung, tetapi ianya pasti berlainan seperti keadaan pasar yang asal.
Kepada yang merindukan suasana Pasar Gantung dan ingin mendapatkan barangan kraf tangan untuk dijadikan hadiah atau buah tangan, bolehlah berkunjung ke lokasi alternatif di Pasar Tanjung Tawau.
Sumber :
1. http://www.etawau.com/Business/Market/PasarGantung.htm
2. https://www.bharian.com.my/berita/kes/2017/07/301932/pasar-gantung-terbakar
3. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/07/244595/pasar-gantung-terbakar
Related