Jom Ketahui Asal Usul Nama SMK Abaka

 

Pada penulisan artikel kali ini, kita akan bawa para pembaca untuk menyelami sedikit sebanyak cerita berkenaan dengan sebuah sekolah di Tawau. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, jom skrol ke bawah.

Sejarah Sekolah SMK Abaka

Sekolah Menengah Kebangsaan Abaka telah mula bertapak pada tahun 1962 iaitu pada bulan Januari. Lokasi sekolah ini adalah terletak lebih kurang 20 kilometer daripada Pusat Bandar Tawau iaitu di KM 25, Jalan 25 Merotai. Sekolah ini berkeluasan 25 ekar. 

Gerbang Pintu SMK Abaka [Kini]

Pintu Gerbang SMK Abaka (Sekarang)
Di awal permulaan, sekolah ini merupakan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Abaka. Sekolah ini menempatkan pelajar di sebuah bangunan sekolah rendah iaitu  SRJK Abaka. Ketika itu, tenaga pengajar adalah berjumlah 20 orang dengan jumlah pelajar sebanyak 250 orang. 

Bangunan yang digunakan di sekolah ini merupakan bangunan daripada bekas peninggalan orang Jepun dan zaman pemerintahan British. Bangunan yang didirikan diperbuat daripada konkrit dan juga kayu. Selain itu, bangunan yang ada disekolah ini juga terdiri daripada rumah pegawai pelatih. Namun begitu, pada 1997. satu kebakaran telah berlaku akibat litar pintas dan telah memusnahkan pejabat pentadbiran dan beberapa buah kelas. 

Lencana SMK Abaka

Setelah berlakunya insiden tersebut, satu inisiatif dilakukan oleh pengetua sekolah itu sendiri dengan membangunkan beberapa buah bangunan tambahan di sekitar tapak asal. Ketika itu, dana sumbangan bagi bangunan ini juga turut disumbangkan oleh YB Chua Soon Bui iaitu Ahli Palimen Tawau ketika itu. Tidak cukup dengan itu, sebuah syarikat turut memberikan sumbangan iaitu dengan mendirikan sebuah rumah untuk pengetua, guru dan staf sekolah. Namun pada 1998, rumah pengetua telah dirobohkan atas faktor keselamatan. Setelah itu, rumah pengetua digantukan dengan rumah lain yang ditaja oleh Golden Hope. 

Antara Tenaga Pengajar SMK Abaka

Daripada tahun 1962 sehinggalah 1996, sekolah ini hanya menerima pelajar untuk peringkat menengan rendah sahaja, tetapi pada 1996 sekolah ini telah membuka penempatan pelajar kepada pelajar di peringkat menengah asas iaitu tingkatan 4 dan tingkatan 5. 

Asal Nama Abaka

Abaka merupakan nama sejenis daun ataupun dikenali dengan nama saintifiknya iaitu Musa Textilis Nee. Selain itu, ia juga dikenali dengan nama Pisang Manila. Daun ini digunakan didalam penghasilan kertas. Daun ini dikatakan berasal daripada Filipina. Daun abaka adalah tanaman yang terhasil sekali dalam setahun dan dapat menghasilkan serat alam. Serat yang dihasilkan adalah berasal daripada pelepah batang pokoknya. 

Uploading: 2973696 of 5425438 bytes uploaded.

Kertas yang diperbuat daripada abaka memiliki beberapa kelebihan seperti tidak mudah koyak dan kertas ini agak payah untuk dipalsukan. Sebagai contoh, sekiranya kertas yang diperbuat daripada abaka digunakan untuk menghasilkan sijil dan ataupun wang, ianya sukar untuk menghasilkan tiruan kepada kertas-kertas tersebut. 

Antara barangan yang dihasilkan daripada daun abaka ini adalah dalam industri kertas iaitu penghasilan wang dolar Amerika Syarikat. Selain itu, ia juga dapat digunakan untuk menggantikan bahan “Polyurethane” iaitu bahan yang selalu digunakan untuk membuat span. Disebabkan daun ini mempunyai ketahanan yang tinggi terhadap air garam, ianya digunakan untuk menghasilkan tali pengikat kapal. Dan akhir sekali, daun ini juga digunakan dalam bidang tekstil. Tekstur kain yang lembut dan dingin ketika dipakai menjadikan kain yang dihasilkan mempunyai tekstur yang lebih kurang dengan sutera. 

Demikian merupakan antara sedikit sebanyak berkenaan dengan SMK Abaka Tawau dan juga daun abaka, diharapkan dengan penulisan artikel kali ini dapat memberikan kita sedikit pengetahuan baru. Jumpa lagi pada artikel akan datang. 

Sumber : 

1. https://smkabakatawau.wordpress.com
2.https://kumparan.com/ochi-amanaturrosyidah/abaka-si-pisang-serba-bisa/full

3.Budi Santoso, Mastur, dan Fitriningdyah Tri Kadarwati, Indonesian Sweetener and Fiber Crops Research Institute.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *