Surah Sehebat Al Baqarah – Kongsi Jumaat

Apa khabar semuanya para pembaca? Semoga berada dalam keadaan yang sihat-sihat selalu. Pada artikel kali ini, kita akan berkongsi berkenaan sebuah surah yang hebatnya mirip dengan Surah Al Baqarah. Mahu tahu surah apa? Teruskan pembacaan.

Surah yang dikatakan sebagai surah yang memiliki kehebatan lebih kurang dengan Surah Al Baqarah adalah Surah Ali ‘Imran. Surah ini boleh diibaratkan sebagai kembar surah Al Baqarah. Hal ini kerana, surah ini mempunyai beberapa keistimewaan.

Surah Sehebat Al Baqarah

Surah Al Baqarah dan Surah Al Imran dikatakan sebagai dua surah penyinar. Kedua-dua surah ini digelar sebagai al-zahra. Al-Zahra dapat didefinisikan sebagai penyinar. Hal ini bertepatan dengan perkara yang disebutkan oleh Rasulullah SAW yang berpesan : “Bacalah Al Quran, sesungguhnya al quran akan datang pada hari kiamat sebagai pembela orang yang bersahabat dengannya. Bacalah dua penyinar yakni al baqarah dan al imran kerana keduanya akan datang pada hari kiamat bagaikan dua kelompok awan yang berarak, kedua-duanya akan berhujah membela orang yang bersahabat dengannya (Riwayat Muslim). 

Berkongsi Tentang Ahli Kitab

Di dalam Surah Ali Imran banyak dipertemukan ayat yang berkaitan dengan Ahli kita Yahudi dan Nasrani. Hal ini kerana terdapat banyak ayat yang turun ketika delegasi Nasrani Najran yang bertamu di masjid Nabi di Madinah. Keberadaan mereka disana diisi dengan perbincangan, perbahasan dan perdebatan berkenaan dengan agama bersama dengan Nabi. Ditambah pula dengan realiti masyarakat Yahudi yang berjiran, Allah banyak membongkar keaiban mereka sebagai peringatan dan pengajaran kepada orang beriman. 

Inspirasi Zuriat Soleh

Surah Ali Imran ataupun surah yang berkongsi kisah kekeluargaan Imran dalam surah ini dapat dijadikan inspirasi buat sesiapa yang menginginkan zuriat. Jika ada dikalangan kita yang merasakan enam ke tujuh tahun tiada anak itu merupakan suatu tempoh yang lama, cuba baca kisah Nabi Zakaria didalam surah ini, baginda menunggu kelahiran anaknya sehinggan usia tua ditambah dengan keadaan isterinya yang mandul, namun baginda tidak pernah berputus asa dengan Allah. 

Teguh Atas Kebenaran

Jika kita meneliti surah ini, sedar atau tidak, surah ini bermula dan berakhir dengan satu mesej yang sama iaitu Allah telah mengisyaratkan bahawa perkara yang akan membuatkan kita teguh dalam beragama ialah Allah dan kitabNya dan diakhir surah pula berkongsi berkenaan dengan “bersabarlah yakni dalam menghadapi segala kesukaran dalam beragama dan kuatkanlah kesabaran diantara satu dengan yang lain bahkan melebihi kesabaran musuh dan sentiasa bersiap siaga sepanjang masa di perbatasan dengan bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya. 
Demikian sedikit sebanyak yang dapat dikongsikan pada artikel kali ini berkenaan dengan kelebihan surah Ali Imran. Semoga dapat memberikan sedikit sebanyak peringatan dan keyakinan kepada diri kita dalam menyakini segala perkara yang Allah SWT berikan kepada kita. 

Seperti yang berlaku sekarang ini, dalam musim PKP, terdapat beberapa perkara yang membataskan untuk kita melaksanakan perkara berkaitan agama, namun yakinlah bahwa semua ini pasti akan ada hikmahnya, kita hanya perlu yakin dan terus istiqamah mengamalkan segala amal ibadat yang lain yang mampu menjana saham pahala kita untuk diakhirat kelak. Sekian. 

Sumber : Majalah Terbitan Telaga Biru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *