Anda Penerima MyBKC? Terlupa Kata Laluan? Ikuti Langkah Ini.

 

Anda penerima MyBKC? Tetapi terlupa kata laluan? Ikuti langkah-langkah dibawah : 


1. Klik pada pautan “Terlupa kata laluan” di link berikut : log masuk

2. Bagi yang mempunyai emel berdaftar, sila masukkan Nombor Kad Pengenalan (12 Digit)

3. Masukkan emel yang telah didaftarkan dan klik “seterusnya”

4. Kata laluan baharu akan diemelkan pada emel yang telah didaftarkan

5. Semak emel anda dan log masuk semula ke MyBKC

6. Untuk tujuan keselamatan, masukkan nombor Kad Pengenalan dan sahkan kunci keselamatan.

7. Masukkan kata laluan sementara yang didapati pada emel tadi kemudian set semua kata laluan yang baharu

Peringatan : Sekiranya anda tersilap menjawab soalan keselamatan dan paparan mesej, anda telah gagal menjawab soalan keselamatan lebih dari 2 kali. Sila cuba semula selepas 24 jam. 

BKC Mula Dibuka?? 

Portal Rasmi BKC telah mulai dibuka sejak 6 September 2021 bagi memudahkan orang ramai membuat semakan status kelayakan masing-masing. Sekiranya anda merupakan penerima BPR 2021 dan telah mendaftar MyBPR, ID Pengguna dan kata laluan yang didaftarkan semasa MyBPR boleh diguna semula untuk log masuk bagi MyBKC. 


Pendaftaran MyBKC

Buat yang belum pernah mendaftar MyBKC ataupun MyBPR, anda perlu mendaftar terlebih dahulu dengan mengikuti langkah dibawah : 

1. Klik pada pautan log masuk berikut : https://bkc.hasil.gov.my/Account/Login

2. Sila masukkan nombor kad pengenalan (12 Digit)

3. Klik pada daftar akaun dan perlu melengkapkan maklumat keselamatan

4. Masukkan kata kunci keselamatan yang mudah diingati 

5. Mengesahkan soalan dan jawapan yang telah dipilih.

6. Paparan “Akaun Telah Berjaya Didaftarkan” akan muncul. 

Selamat Mencuba ! 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *