Cara Simpan Stok Lauk-Pauk Sampai Boleh Tahan Sebulan!

Pengurusan lauk yang betul dapat mengurangkan pembaziran makanan sekaligus membantu menjimatkan perbelanjaan tidak kiralah untuk individu mahupun keluarga. 

Ibu-ibu mesti sering lalui situasi dimana kehilangan idea untuk menyediakan menu harian keluarga, ataupun, sekiranya anda bekerja, anda perlukan sesuatu yang dapat menjimatkan waktu penyediaan makanan. 

Lauk sejuk beku adalah antara solusi yang terbaik. Walaubagaimana pun, tidak semua orang  setuju kerana bimbang khasiat dan nutrisi makanan akan hilang. Sebenarnya, ada cara yang betul untuk menyimpan lauk sejuk beku agar tidak akan menjejaskan nutrisinya.

Mari baca!



Cara Simpan Stok Lauk-Pauk Sampai Boleh Tahan Sebulan

1. Selepas masak, pastikan makanan tersebut berada dalam suhu ruangan dalam kurang 5 minit (sudah tidak panas lagi) sebelum anda masukkan ke dalam bekas dan terus bekukan. Terus bekukan ya, jangan simpan dekat luar lama-lama. 

2. Gunakan satu bekas untuk lauk dengan kuantiti sekali makan. Maksudnya, satu bekas lauk, satu kali makan.

 

3. Pastikan juga anda menggunakan bekas “freezer safe”, mempunyai penutup yang ketat dan tidak mudah rosak sekiranya dimasukkan ke dalam freezer. 

4. Bila nak makan keluarkan awal untuk nyah bekukan. Boleh juga panaskan dalam steamer. Elak microwave jika boleh. Makanan yang di microwave kurang mutunya dan khasiatnya.

5. Pastikan anda tidak membekukan makanan lebih dari sekali. 

6. Jangan lupa label bekas lauk anda agar anda tidak keliru dan terpaksa membuka penutup bekas satu-satu yang boleh menyebabkan lauk tersebut basi dengan cepat. 


Anda boleh cuba tips-tips diatas untuk memudahkan anda. Pastikan anda ikut teknik yang diajar agar lauk anda tidak mudah basi sehingga boleh memudaratkan kesihatan. 

Selamat Mencuba!

Sumber: 

  • Google Image
  • https://www.mingguanwanita.my/cara-betul-simpan-lauk-sejuk-beku-ikut-saranan-doktor-agar-nutrisi-kekal-sila-ikut-panduan-selamat-ini-1/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *