Kebakaran Jalan Apas Batu 5 Tawau | Lebih Kurang 50 Penduduk Hilang Tempat Tinggal

TAWAU: Dukacitanya, Tawau kebakaran lagi. Kali ini, kejadian berlaku di Kampung Jati, Jalan Apas Batu 5. Kejadian berlaku pada awal pagi, 22 November 2021, bersamaan hari Isnin. 

Mengikut beberapa sumber, terdapat lebih kurang 50 penduduk (27 buah keluarga) kehilangan kediaman yang melibatkan 10/11 buah rumah yang terbakar.  

Bagaimanapun, alhamdulillah syukur kepada Tuhan, tiada mangsa yang dilaporkan cedera atau meninggal dunia. 




Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Julius John Stephen, pihak bomba telah menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada pukul 6.21 pagi.

Seramai 16 anggota bomba bersama jentera telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

Pihak anggota bomba mendapati hampir kesemua rumah terbakar 100 peratus. Hal ini adalah kerana jarak rumah yang begitu rapat di antara satu sama lain menyebabkan api mudah merebak. 

Kejadian tersebut dipercayai bermula daripada sebuah rumah. Kemudian, api merebak dan memusnahkan beberapa rumah lain yang berhampiran dengan begitu cepat. Tiada sumber yang menyatakan punca kejadian

Operasi memadamkan api dilakukan dengan menggunakan sumber air terbuka iaitu dari sungai berdekatan. 

——

Dengan rendah hati, bagi sesiapa yang ingin menyumbang kepada mangsa kebakaran, anda boleh berbuat demikian dengan menyalurkan sumbangan anda ke Pertubuhan Kebajikan Tawau. Sila rujuk gambar di bawah. 

**(Sebarang pertanyaan, sila hubungi: 0148587424-admin prihatin )


Sumber: Sinar Harian 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *