Program Rumah Mesra SMJ Beri Harapan Baru Buat Penduduk Kukusan


TAWAU – Terukir kegembiraan kepada penduduk Kukusan yang telah menerima kunci untuk Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ). Sebanyak 48 permohonan telah diterima sebelum ini, menandakan tindakan positif dalam menangani masalah perumahan di kawasan ini. Tahun ini, sebanyak 8 buah rumah dijadualkan untuk diserahkan, dengan 3 daripadanya telah siap sepenuhnya dan 5 lagi dalam proses [ersiapan fasa akhir.

Setakat hari ini, tiga keluarga telah menerima kunci rumah baru mereka yang selesa dan praktikal. Sebuah kunjungan ke lokasi oleh YB Rina Jainal, ADUN Kukusan, telah memberikan sinar harapan dan pengesahan kepada keberhasilan projek ini.

Baca Juga : Cungkil Bakat Melalu Sukan Futsal

Penerima yang ditemui media, Abdullah Paku dan isteri, yang sebelum ini terlibat dalam insiden kebakaran dan perpindahan akibat pembinaan jalan utara, kini menerima kebahagiaan dan ketenangan dengan siapnya rumah SMJ mereka. Abdullah Paku mengutarakan rasa syukur dan kepuasan terhadap kerjasama yang diterima daripada pihak terlibat dalam pembinaan rumah tersebut.

Penerimaan yang positif ini diharapkan memberi inspirasi kepada pemohon lain dan menunjukkan bahawa program sebegini dapat memberikan impak positif kepada masyarakat yang memerlukan. Anggaran kos rumah sebanyak RM80 ribu, termasuk perparitan dan tangki air. Hal ini menjadikan program ini berdaya maju dan menjawab tuntutan masyarakat yang memerlukan bantuan dalam aspek perumahan.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *