Sabah merupakan salah satu pusat pelancongan yang menjadi tumpuan ramai terutamanya bagi sesiapa yang mahukan pengalaman percutian yang menarik dan unik.
Sekiranya anda mahukan pengalaman percutian sambil menikmati keindahan alam, Klias Wetland River Cruise yang terletak di Beaufort ini adalah antara pilihan yang terbaik. Ia merupakan satu tempat eko-pelancongan yang wajib anda kunjungi ketika bercuti di Sabah.
Klias Wetland River Cruise
Ia terletak di Kampong Kota Klias, 89800 Beaufort, Sabah, Malaysia, dan berada di tengah-tengah hutan simpan bakau. Untuk sampai ke lokasi, anda perlu memandu lebih kurang 2 jam dari bandar Beaufort.
Pelbagai aktiviti menarik yang anda boleh lakukan disini berdasarkan pakej-pakej pelancongan yang anda inginkan. Untuk meneroka sekitar kawasan ini, anda akan dibawa menaiki River Cruise yang akan membawa anda menyelusuri sungai untuk melihat kekayaan flora dan fauna yang terdapat di kiri dan kanan perjalanan.
Anda akan dapat melihat hidupan liar secara dekat seperti monyet proboscis, kera, ‘silver languor’ (spesies yang jarang ditemui), buaya dan lain-lain di sepanjang ‘pelayaran’ tersebut.
Selain itu, anda juga akan berpeluang untuk menikmati pemandangan dan bunyi alam semula jadi ketika matahari terbenam. Bab makanan jangan risau. Dalam beberapa pakej yang ditawarkan, anda akan turut dihidangkan dengan makan malam ala kampung yang mewah.
Pada waktu malam pula, antara aktiviti yang popular ialah menaiki bot sambil melihat kunang-kunang disepanjang sungai. Memang cantik gila! Cahaya yang dihasilkan oleh kunang-kunang tersebut menghiasi kepekatan malam.
Untuk pakej lawatan, anda boleh rujuk di sini: