Ingin Memulakan Perniagaan Makanan Atau Minuman??Ini Yang Perlu Kamu Miliki.


Kepada peniaga makanan dan minuman yang memerlukan stok barangan keperluan seperti Cawan Plastik, Bekas Makanan, Balang Kuih dan lain-lain, @Setia Plastic Mart memberikan kemudahan kepada anda untuk mendapatkan stok bersama mereka. Lokasi disebelah Nasi Kukus Pak Ali Bataras.

Di kedai ni, memang sangat lengkap segala peralatan dan barangan yang diperlukan untuk peniaga. Bermula dari cawan plastik, hotcup, bekas makanan bulat, segi empat, tisu, kertas lapik burger dan banyak lagi yang boleh anda dapati disini. Kepada para peniaga yang tengah mencari stok barangan, kedai ini mungkin perlu anda kunjungi.



Selain daripada menjual barangan untuk berjualan, ada jugak barangan lain seperti Susu Pekat, Biji Boba, Serbuk Kopi, Makanan Kucing dan juga Facemask. Sempena dengan pembukaan kedai ini, boss mau kasi harga promosi untuk pengunjung yang ingin mendapatkan facemask. Facemask KF94 dijual disini dengan harga RM2.90, tetapi bila kamu tunjukkan kamu suda share dan like page FB mereka, anda boleh dapatkan mask dengan harga RM2.50. Ada lagi mask yang lain yang kamu boleh dapat dengan harga demikian dengan syarat kena share dan like page Setia Plastic Mart. 


Kedai ni beroperasi bermula 8.45 pagi sehingga 5.45 petang. Jadi kalau peniaga memerlukan barangan perniagaan, bolehlah berkunjung kesini untuk mendapatkan barangan keperluan anda. Lokasi berhampiran Bataras, disebelah Nasi Kukus Pak Ali. So jangan lupa untuk singgah disini ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *