Persediaan Banjir, Ini 10 Barang Keperluan Perlu Ada Dalam Beg Kecemasan Anda

Berikutan cuaca yang tidak menentu akhir-akhir ini, semua penduduk Tawau diminta berhati-hati terutamanya bagi kawasan yang berpotensi dilanda banjir. Berikut ialah persediaan awal yang boleh anda lakukan. 

Langkah keselamatan yang patut diambil:

  1. Memindahkan barang berharga, perabot dan barang bahaya seperti racun perosak ke tempat tinggi.
  2. Memutuskan sambungan peralatan elektrik
  3. Menutup semua api dan gas.

Selain itu, anda dinasihatkan untuk menyediakan beg keselamatan yang mempunyai barangan berikut:

  1. Lampu suluh
  2. Ubat-ubatan
  3. Pakaian luar sehelai dua
  4. Pakaian dalam beberapa helai 
  5. Air minuman
  6. Makanan dalam tin
  7. Wang tunai
  8. Bateri tambahan (power bank)
  9. Dokumen penting seperti kad pengenalan, passport, geran dan lain-lain lagi.
  10. Barang keperluan bayi sekiranya mempunyai bayi

Anda disarankan untuk mempunyai satu bekas plastik bertutup yang boleh memuatkan semua barang keperluan anda untuk memudahkan anda kelak.

__

Sila pastikan anda sentiasa peka dengan keadaan semasa dan segera berpindah sekiranya perlu/diarahkan. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *