Maritim Tawau Rampas 700 Tong Gas LPG

TAWAU; 24 JANUARI 2022 (Isnin) – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tawau telah menahan sebuah bot kargo tempatan sarat dengan muatan tong gas (LPG) di kedudukan 1.1-batu nautika barat daya Sungai Logpon, sabtu lepas. 

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Siva Kumar a/l Vengadasalam berkata, bot ronda Maritim Malaysia yang dalam penugasan Ops Sejahtera/Ops Cegah Pati Selatan telah mengesan pergerakan bot kargo terbabit dalam keadaan mencurigakan bergerak dari arah Sungai Logpon menuju ke Pulau Sebatik kira-kira pukul 4.15-petang. 

Katanya, pemeriksaan awal mendapati bot kargo terbabit dikendalikan seorang tekong lelaki 36-tahun warga Indonesia, bersama empat penumpang lelaki warga tempatan berumur 20 hingga 62-tahun. 

Tekong bot terbabit telah mengemukakan permit barangan untuk keperluan pemborong di Pulau Sebatik, namun pemeriksaan fizikal mengesyaki bot terbabit membawa tong gas LPG yang diklasifikasikan sebagai barang kawalan tersebut secara berlebihan daripada jumlah yang ditetapkan di dalam permit. 

Tekong serta kesemua penumpang, bot dan muatan ditahan serta diiring ke Jeti Maritim Tawau untuk siasatan lanjut.

Menurutnya lagi, pemerkisaan lanjut ke atas bot kargo tersebut telah menemukan 700-tong gasLPG dengan berat 14-kilogram setiap tong dan telah melebihi jumlah yang dibenarkan di dalam permityang diluluskan oleh KPDNHEP iaitu sebanyak 260-tong sahaja. 

Zon Maritim Tawau akan membuat siasatan lanjut tentang kemungkinan cubaan untuk menyeludup keluar barang kawalan tersebut ke negara jiran berikutan kedudukan Pulau Sebatik yang hampir dengan sempadan Malaysia – Indonesia. 

Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961. 

Kesemua barangan termasuk bot kargo, enjin botdan muatan barangan disita dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai 167-ribu ringgit. 

Sumber : Facebook Page Bes Tawau Fm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *