“Warga Tawau Maafkan DJ Bertugas” – Isu Azan Awal Di Tawau

Ramai Yang Terbuka Puasa Awal, Apa Terjadi Sebenarnya?

Kelmarin Tawau telah digemparkan dengan satu insiden, salah sebuah saluran radio tempatan di Tawau menyiarkan azan Maghrib sebanyak dua kali ketika orang ramai sedang menanti untuk berbuka puasa. Azan itu disiarkan pada pukul 6.16 dan 6.20 minit petang sedangkan waktu berbuka untuk kawasan Bandar Tawau adalah pada 6.20 minit petang.

Kami di Facebook Page mendapat berita tersebut setelah ramai yang inbox kepada kami berkenaan hal tersebut dan membuat posting di Page bagi mendapatkan respon orang ramai. Ternyata ramai yang “terlajak” berbuka lebih awal berikutan insiden penyiaran azan tersebut. 


DJ Bertugas Meminta Maaf 

Tidak lama selepas itu, kami mendapat inbox daripada DJ yang bertugas untuk menyiarkan permohonan maaf beliau berikutan insiden yang berlaku dan syukur alhamdulillah, warga Tawau sangat berbesar hati untuk memberikan kemaafan diatas permasalahan yang dihadapi. Terima kasih semua warga Tawau diatas sikap toleransi yang ditunjukkan.



Berikutan insiden tersebut, pihak kami di Tawaukini merujuk kepada salah seorang ustaz ternama di Tawau, untuk memberikan penjelasan berkenaan kejadian berbuka awal di Tawau dan ustaz memberikan jawapan seperti mana yang tertera dibawah.



Insiden ini pernah berlakuk pada tahun sebelum ini disalah sebuah masjid di Daerah Gombak dimana muazzin melaungkan azan lebih awal pada waktu yang ditetapkan dan menyebabkan semua penduduk dimukim tersebut terpaksa menggantikan puasa mereka. 


Tetapi apa pun yang berlaku adalah disebabkan permasalahan yang tidak dapat kita elakkan. Setiap manusia pasti melakukan kesilapan. Namun, kesilapan tersebut diharapkan dapat dijadikan sebagai pengajaran untuk kita semua. 

Sentiasa Beringat Dan Peka Dengan Waktu Berbuka

Sebagai peringatan, kita semua kena sentiasa peka dengan waktu-waktu penting di Bulan Ramadhan, bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini lagi. Selamat Menunaikan Ibadah Puasa dan Sentiasa Tingkatkan Amal Ibadah kita di Bulan Ramadhan yang mulia ini. 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *