Polis Marin Tawau Gagalkan Cubaan Seludup Tenggiling



Seekor tenggiling yang masih hidup dipercayai cuba untuk diseludup pagi ini telah pun dirampas oleh Pasukan Polis Marin Tawau (PPM) di Jeti Pelabuhan Lama. 

Haiwan spesis terancam itu ditemukan oleh sepasukan anggota Unit Risikan Marin (URM) yang menjalankan tugas dilokasi kejadian kira-kira jam 7.30 pagi. 

Sebuah kotak mencurigakan ditemui dikawasan pejalan kaki oleh pasukan yang diketuai Deputi Superintendan Polis Ridzauddin Selamat yang merupakan Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Tawau. 

Katanya, hasil pemeriksaan terhadap kotak tersebut menemukan seekor tenggiling hidup dipercayai cuba diseludup.

“Pasukan URM Tawau menjalankan intipan selama 30 minit, namun tiada individu yang tampil mengaku pemilik kota tersebut. 

“Kita percayai tenggiling tersebut cuba diseludup masuk atau keluar ke negara jiran berdasarkan lokasi ditemukan di kawasan Jeti Pelabuhan, “katanya dalam kenyataan media, disini hari ini.

Haiwan eksotik tersebut dirampas dan dibawah ke Pangkalan PPM sebelum diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar Sabah untuk tindakan lanjut. Kes ini disiasat mengikut Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997. 

Dengan itu, kita menyeru kepada semua warga Tawau dan sekitarnya untuk sama-sama membanteras aktiviti penyeludupan haiwan terancam. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *