Beli Kereta Guna Duit Menang Loteri? Baca Disini

 

Beli kereta guna duit menang nombor? Kami kongsikan jawapan kepada anda.

Menang Nombor Loteri

Yeah’ akhirnya, naik nombor ku. boleh la ni aku kasi keluar kereta. Vigo ka Ford ya? 

Begitulah reaksi si Fulan yang naik “nombor” nya semalam. Persoalannya disini, adakah boleh si Fulan yang beragama islam menggunakan duit hasil menang loteri untuk beli kereta?Jom sama-sama kita baca artikel ini. 

beli kereta

Jawapan

Satu persoalan di timbulkan oleh seorang Hamba Allah, beliau berkata, suatu masa dulu dia pernah menang loteri atau istilahnya menang nombor dikalangan masyarakat Tawau, kemudian duit itu digunakan untuk membeli kereta tersebut dan menggunakannya sehingga sekarang. Tapi sekarang ini beliau sudahpun bertaubat, persoalan yang ditinggalkan oleh beliau adalah apakah hukum pembelian kereta tersebut?Dan apakah langkah yang perlu dilakukan?

Baca juga: Mahar Vs Hantaran Dalam Islam

Larangan Terlibat Aktiviti Judi

Di dalam terbitan Irsyad Al Fatwa, Mufti Wilayah Persekutuan, jawaban kepada persoalan tersebut adalah seperti berikut. 

Seperti yang diketahui, Islam melarang umatnya untuk terlibat dengan aktiviti judi. Sekiranya telah terlibat dengan aktiviti tersebut, maka dia perlu bertaubat dan membersihkan hasil keuntungan daripada judi. Terdapat beberapa langkah yang disarankan iaitu : 

1. Keluarkan duit dengan jumlah yang dimenangi dan disalurkan kepada baitulmal untuk kegunaan maslahat awam ataupun kepada fakir miskin. 

2. Kereta tersebut dijual dengan harga semasa kemudian perlu ditambah dengan wang lain bagi mencukupkan jumlah harta haram (wang loteri) yang perlu dibersihkan.

 

3. Sekiranya sudah tidak berkemampuan untuk menggantikan jumlah yang dimenangi secara pukal, maka dia perlu berusaha untuk membersihkannya secara ansuran sehingga cukup jumlah yang dimenangi. 

Hal ini berkenaan dengan judi yang telah jelas dilarang dalam Islam melalui firman Allah SWT di dalam surah Al – Maidah ayat 90 yang bermaksud “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah semuanya kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya”. 

Kesimpulan daripada persoalan yang diajukan diatas, Islam melarang umatnya terlibat dengan aktiviti judi. Sekiranya telah terlibat dengan aktiviti tersebut, maka dia perlu bertaubat dan bersihkan hasil keuntungan daripada judi. 

Rujukan : Irsyad Al Fatwa, Mufti Wilayah Persekutuan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *