Tragedi Double Six 1976, Sejarah Hitam Sabah. Ini cerita sebenar yang berlaku


Pada tanggal 06 Jun 1967, para penduduk di sekitar daerah Sembulan telah dikejutkan dengan satu bunyi dentuman yang sangat kuat kira-kira pada pukul 3.50 petang akibat daripada sebuah kapal yang telah pun terhempas berhampiran dengan kawasan tersebut. 



Sumber gambar: Akustressgiler.blogspot


Kemalangan Double Six ataupun lebih dikenali sebagai Tragedi Double Six adalah merupakan nahas kapal terbang yang telah berlaku di Kota Kinabalu, Sabah. Kapal terbang yang telah dikendalikan oleh Sabah Air itu telah bertolak daripada Labuan ke Kota Kinabalu dan telah terhempas apabila mereka melalui daerah Sembulan. 

Kapal terbang jenis GAF Nomad itu telah membawa hampir kesemua ahli kabinet daripada negeri Sabah termasuklah Ketua Menteri Sabah yang pada ketika itu iaitu Tun Mohd. Fuad Stephens bersama-sama dengan 11 anggota rombongannya. 


Sumber gambar: tukangheboh.blogspot.com


Berikut adalah merupakan senarai nama mereka yang telah terkorban akibat daripada nahas tersebut:


Ketua Menteri Sabah – Tun Mohd. Fuad Stephens
  1. Menteri Kerajaan Tempatan Negeri – Datuk Peter Mojuntin
  2. Menteri Perhubungan dan Kerja Raya, Datuk Chong Tahin Vun
  3. Menteri Kewangan Negeri, Datuk Salleh Sulong
  4. Pembantu Menteri kepada Timbalan Ketua Menteri, Darius Binion
  5. Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, Wahid Peter Andau
  6. Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Sabah , Dr Syed Hussein Wafa
  7. Setiausaha Sulit kepada Menteri Kewangan Malaysia Tengku Razaleigh Hamzah, Ishak Atan
  8. Pengawal peribadi kepada Tun Fuad, Koperal Said Mohammad
  9. Juruterbang, Gandhi J Nathan
  10. Johari Tun Fuad Stephens
YM Tengku Razaleigh Hamzah juga sepatutnya turut menaiki kapal terbang yang sama tetapi pada saat-saat akhir dia telah di ajak turun daripada pesawat tersebut oleh Timbalan Ketua Menteri pada masa itu iaitu Datuk Harris Mohd. Salleh bagi tujuan merasmikan projek ladang lembu di Pulau Banggi, Kudat. Tengku Razaleigh yang juga menaiki jenis pesawat yang sama telah diarahkan untuk menjauhi pesawat sebaik sahaja dia mendarat di Kudat kerana dikhuatiri pesawat tersebut akan mengalami masalah yang sama seperti yang telah berlaku kepada Ketua Menteri Sabah beserta rombongannya. Sebaik sahaja mereka mendapat berita buruk ini, mereka telah di terbangkan oleh helikopter tentera ke Kota Kinabalu.



Sejurus pesawat yang mereka naiki tadi menjunam di kawasan air cetek, lokasi berkenaan telah menjadi tumpuan orang ramai kerana ketika terhempas, pesawat tersebut dikatakan telah menggegarkan hampir keseluruhan kawasan tersebut.

Sumber gambar: Berita Harian


Setahun selepas kejadian nahas tersebut, sebuah tugu peringatan telah didirikan di kawasan tersebut sebagai simbol untuk memperingati kejadian tragedi tersebut yang mana ianya adalah merupakan salah satu peristiwa yang amat penting buat negara kita.

Punca di sebalik kemalangan tersebut masih belum diketahui sehingga hari ini. Namun, sejurus selepas kemalangan tersebut terdapat dakwaan perbuatan khianat kerana keadaan politik yang tidak menentu pada ketika itu. Pihak kerajaan Australia telah menghantar empat pasukan penyiasat bagi membantu mencari punca kemalangan tersebut berlaku. Selain itu, Terdapat juga spekulasi yang menganggap kegagalan teknikal dan lebihan muatan merupakan faktor utama yang menyebabkan kemalangan tersebut berlaku tetapi punca sebenar bagi kemalangan tersebut masih belum diketahui sehingga sekarang dan laporan asal mengenai kejadian itu masih diklasifikasikan.



Sehingga ke hari ini, terdapat banyak persoalan yang belum terjawab kepada anak-anak negeri Sabah antaranya ialah:


i) Rombongan ini sebenarnya sedang menuju ke Kota Kinabalu bagi tujuan menandatangani perjanjian 10% hasil minyak yang akan diberikan kepada kerajaan negeri Sabah dan Sarawak. Namun, sebelum menaiki pesawat tersebut Alahyarham Tun Fuad ada menyatakan bahawa jumlah 10% tersebut adalah terlalu kecil dan ada yang mengatakan bahawa berkemungkinan Tun tidak akan bersetuju dengan jumlah tersebut.


ii) YM Tengku Razaleigh Hamzah telah pun berada dalam pesawat tersebut bersama-sama rombongan lain tetapi di saat-saat akhir Datuk Harris (ketua menteri Sabah selepas kematian Tun Fuad) telah mengajak Tengku Razaleigh turun daripada pesawat tersebut dengan alasan ingin menjemput Tengku Razaleigh merasmikan Kandang Lembu miliknya di Kudat. Walhal pada ketika itu Tengku Razaleigh sebenarnya dalam perjalanan untuk melihat antara sejarah besar negara pada ketika itu iaitu sesuatu yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia Perkara-20. Namun, mengapa dia lebih mengutamakan untuk merasmikan kandang lembu?


iii) Punca kemalangan berlaku dipercayai kerana pesawat Nomad(pesawat keluaran Australia) yang mereka naiki itu telah terlebih muatan. Kapasiti untuk pesawat tersebut sebenarnya hanyalah 6 penumpang sahaja tetapi telah diisi  sehingga 11 orang. Juruterbang dikatakan gagal untuk menaikkan sayap pesawat tersebut bagi tujuan diselaraskan dengan tekanan minyak dan akhirnya telah menyebabkan kemalangan.Sejak daripada itu, kerajaan tidak lagi menggalakkan golongan VIP untuk menaiki pesawat yang sama pada waktu serentak terutama apabila ianya melibatkan jumlah yang ramai.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *