Suspek Penjenayah Pecah Rumah Ditahan Pada Sekatan Jalan Raya

 

Pihak Polis berjaya menahan suspek pecah rumah ketika membuat “Snap Spot Check” sekatan jalan raya di hadapan Balai Polis Bombalai telah berjaya menahan sebuah motorsikal ditunggang oleh seorang lelaki dan seorang pembonceng dari arah Merotai menuju ke Bandar Tawau.

 

Semasa hendak diperiksa, penunggang dan pembonceng tersebut bertindak melarikan diri dengan berpatah balik ke arah Merotai namun hilang kawalan dan terbabas di tepi kiri bahu jalan dan masuk ke dalam longkang. Anggota Polis yang bertugas pada sekatan jalan raya itu turut mengejar suspek dan berlaku sedikit pergelutan sebelum berjaya di tahan dan ditangkap.

 

Pemeriksaan awal tubuh badan dan barang peribadi milik suspek menemui pelbagai peralatan yang disyaki diguna untuk tujuan pecah rumah dan disimpan di dalam dua beg sandang yang dimiliki oleh kedua-dua suspek.

 

Suspek-suspek yang terlibat dibawa ke IPD Tawau untuk siasatan selanjutnya.

Hasil semakan yang dijalankan mendapati suspek pertama mempunyai 6 rekod kesalahan iaitu 4 rekod berkaitan dadah dan 2 rekod jenayah. Manakala suspek kedua mempunyai 11 rekod kesalahan lampau berkaitan jenayah dan dadah.

Sumber : Facebook Rasmi Polis Daerah Tawau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *