Peranan Mahasiswa Bantu Masyarakat Setempat Perlu Dipertingkat

 

Peranan mahasiswa didalam membangunkan masyarakat adalah amat penting. Mahasiswa perlu bertindak lebih kreatif bagi menyebarkan informasi dan ilmu pengetahuan kepada masyarakat. Hubungan diantara mahasiswa dan masyarakat perlu lebih erat agar penyaluran ilmu dan informasi diberikan secara berkesan.

(Mahasiswa bersuai kenal bersama pelajar)

Baru-baru ini telah berlangsung sebuah program Ziarah Kasih yang dilaksanakan oleh Persatuan Ikatan Anak-Anak Sabah IIUM (IKAS IIUM) iaitu sebuah persatuan anak Sabah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Cuti semester kali ini dimanfaatkan dengan sebaiknya untuk turun bersama masyarakat bagi melaksanakan beberapa program kemasyarakatan. 

(antara pelajar di Sekolah Alternatif)

Sekolah Alternatif Borneo Komrad yang terletak di Batu 4, Jalan Apas menjadi destinasi mereka untuk beraktiviti bersama dengan adik-adik pelajar disini. Beberapa aktiviti yang dilaksanakan disini untuk mengisi masa lapang dan bersuai kenal bersama pelajar. Melalui program yang diadakan, para mahasiswa yang terlibat dapat mendedahkan diri dengan pelbagai kemahiran komunikasi dan seterusnya bergaul bersama masyarakat. Sekolah Alternatif Borneo Komrad merupakan sebuah sekolah yang diwujudkan bagi memberikan pendidikan kepada masyarakat yang terpinggir. 

(Saudara Ardi bersama dengan Mazlan yang merupakan salah satu pelajar disana)

Menurut Ardi Herwin yang merupakan Presiden kepada IKAS IIUM dan Pengurus Program, program ini perlu dijadikan sebagai aktiviti pada setiap cuti semester agar dapat memberikan peluang kepada mahasiswa untuk bersama dengan masyarakat setempat bagi mencurahkan ilmu pengetahuan serta berkongsi maklumat bersama mereka. Tambahan pula, aktiviti sebegini dapat menjadi medan mahasiswa untuk kembali berbakti kepada masyarakat setempat. 

(Melawat ke rumah penduduk kampung)


Sejurus program bersama dengan pelajar Sekolah Alternatif Borneo Komrad, mereka bergerak melawat penduduk Kampung Iban, Kuala Nansang yang terletak di Batu 15 Tawau. Lawatan ini bertujuan untuk bersuai kenal bersama masyarakat kampung yang merupakan kampung angkat kepada UIAM. Pada tahun 2018, pihak UIAM dan Mufti Negeri Sabah telah datang ke kampung ini bagi merasmikan sebuah surau yang didirikan disini. 


Semoga aktiviti diantara mahasiswa dan masyarakat akan terus subur dijalankan didaerah Tawau ini agar dapat bersama membangun masyarakat. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *