Kisah Di Sebalik Tarian Singa-Singa Tawau

Sempena Tahun Baru Cina 2023, kali ini kami akan kongsikan kepada anda tentang kisah sekumpulan anak muda yang bergiat aktif dalam persembahan singa-singa di Tawau.

Waktu kecil dahulu, apabila datangnya Tahun Baru Cina, perkara yang kita nantikan ialah melihat persembahan singa-singa di sekitar Bandar. Ada perasaan takut melihat tarian singa yang dipersembahan tapi kita pasti akan tersenyum gembira melihat persembahan-persembahan ini di depan mata kita.

singa tawau

Singa-Singa Tawau

Persatuan Buddhist Tawau antara persatuan yang sudah lama bergiat aktif dalam persembahan singa-singa di sekitar Tawau. Kebanyakan pelatihnya, terdiri daripada anak-anak muda yang mempunyai pelbagai bangsa dan peringkat umur. Mereka bergiat aktif dengan menggunakan dana sendiri untuk melatih anak-anak muda yang berminat dalam persembahan singa-singa di Tawau. Ada juga daripada orang Melayu yang turut sama bersama-sama menjadi pelatih untuk singa-singa ini. Yang penting, sekiranya individu tersebut mempunyai minat dalam bidang ini, mereka sentiasa mengalu-alukan mereka anak muda yang ingin menceburi bidang persembahan singa-singa ini.

May be an image of 12 people and people standing

singa tawau

Rutin harian para pelatih biasanya akan jogging dan warm up sebelum melakukan latihan singa-singa. Setakat ini mereka mempunyai pelatih seramai lebih kurang 70 orang. Umur pelatih yang paling kecil dalam pasukan ialah sekitar 12 tahun.

No photo description available.

No photo description available.

Majlis Sekitar Tawau

Kebiasannya, apabila ada majlis di sekitar Tawau, mereka akan menghantar 15 orang untuk pemusik dan penari bagi membuat persembahan. Bagi mereka yang tidak tahu, untuk saiz singa-singa, biasanya size 5 merupakan saiz yang paling kecil dan size 2 merupakan saiz yang digunakan untuk pertandingan. Mereka sering mendapat jemputan untuk majlis-majlis persembahan di sekitar Tawau.

May be an image of 11 people and people standing

Mereka pernah viral suatu ketika dahulu ketika majlis perkahwinan melayu yang diadakan di Tawau. Bukan setakat viral di Tawau bahkan mereka juga viral di satu Malaysia. Menarik perkahwinan melayu yang dihadiri dengan persembahan singa-singa.

No photo description available.

Semoga Persatuan Buddhist Tawau akan terus mewarnai dan melatih para pelatih untuk menjadi profesional dalam bidang persembahan singa-singa ini. Selamat Tahun Baru Cina kami ucapkan kepada semua warga Tawau!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *