Biodata ringkas Bell Ngasri

Siapa yang tidak kenal dengan watak Barkoba yang dilakonkan oleh Bell Ngasri dalam telefilem 16 puasa dan 17 puasa yang diarahkan oleh Allahyarham Mamat Khalid.

Bell Ngasri sebenarnya sudah lama bergiat aktif dalam industri seni di Malaysia sejak tahun 1993 lagi.  Baru-baru ini beliau tercalon sebagai finalis kategori Artis Komedi Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPHBH) ke-35.

Ramai rakyat Malaysia yang menginginkan supaya Bell Ngasri menang anugerah ini. Satu Malaysia undi Bell Ngasri supaya Bell Ngasri menang. Terbaik.

Mari kita kenal biodata dan cerita di sebalik nama Bell Ngasri.

Biodata Bell Ngasri

Nama sebenar Bell Ngasri ialah Nasrizal Bin Ngasri. Lahir pada 30 September 1980. Kini berumur 43 tahun.

Dilahirkan di Petaling Jaya Selangor.

Beliau merupakan anak kepada penyiar terkenal, Ngasri Sain dan adik kepada Naszeli Ngasi serta abang kepada Anne Ngasri dan Darling Ngasri.

Beliau bergiat aktif sebagai seorang pelakon, pelawak dan pengacara di Malaysia.

Pada mulanya beliau memulakan kerjaya sebagai  pelakon kanak-kanak.

Disebabkan kebolehan dan keupayannya melakonkan watak bermain dengan emosi penonton, beliau memperluaskan bakatnya sebagai pelawak serba boleh.

Beliau memulakan karyanya dalam bidang seni bermula tahun 1993 filem ‘Perempuan, Isteri &….?‘.

Setakat ini sebanyak 37 buah filem, 56 drama dan 49 telefilem  yang dilakonkan oleh beliau.

Beliau juga bergiat aktif sebagai peserta Maharaja Lawak Mega bermula daripada tahun 2011,2014,2016,2019 dan 2021.

Ramai Mendoakan Kejayaan Bell Ngasri di ABPHBH 2023

Menerusi perkongsian facebooknya, Bell Ngasri tidak menyangka akan mendapat sokongan yang hebat daripada peminatnya, rakan-rakan artis dan persatuan-persatuan di Malaysia termasuklah Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung.

Jom undi Bell Ngasri di sini https://www.abpbh.com.my/undian

Semoga Bell Ngasri mendapat Anugerah Artis Komedi Popular ABPHBH 2023. Amin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *