10 Kedai Makan Wajib Singgah Bila di Tawau

Hai gais, apa khabar kamu semua? Nah mahu start sudah cuti sekolahkan ndak lama lagi. Ndak tahu mahu bawa anak ke mana cuti sekolah ni? Jom baca 10 tempat menarik wajib makan di Tawau. Manalah tahu boleh tukar-tukar selera bawa anak makan-makan cuti sekolah ni kan. Let’s go!

1. Fajar Nyum Nyum

 Kalau kamu pegi sini kamu patut try dorang punya nyum-nyum. Pokoknya sambalnya sedap dan pedas2. Antara menu lain special di kedai ni yang kamu patut try ialah nasi ayam geprek, nasi lalap dan ikan baulu tanpa tulang. Oh ya, dorang punya antara favourite orang datang ke sini ialah ayam gepreknya sangatlah padu. Jangan lupa juga order dorang punya air minum special. Lupa sudah namanya apa, cakap sak mahu air special fajar nyum-nyum dorang tahulah air minum yang mana satu. Pokoknya datang kamu mentry cuba test ah. Slebew.

 

 

 

2. Amber Park Porridge

Next, kedai Amber Park Porridge. Untuk pengetahuan semua, sebelum ni dorang berjualan di Amber Park sana. Pokoknya sebut sak pasal bubur-bubur, dalam kepala min kedai doranglah yang min selalu cari. Tapi sekarang dorang pindah sudah pegi di Taipan sana kedai baru. So kalau kamu mahu pegi, pegi yang di Taipan ya. 

Kalau kita mahu cerita tentang menunya, ialah namanya pun kedai bubur mesti killer food dorang buburlah. Ada macam-macam jenis bubur yang ada di kedai ni. Bubur ayam, bubur udang dan macam-macam lagilah. Dorang pun ada juga makanan set western sama makanan set Asian yang wajib kamu cuba. Disini pun ada air kopi-kopi. Nah apa lagi penggemar kopi, cubalah. Pokoknya kalau kamu sakit, isteri mengidam mahu makan bubur-bubur nah membeli kamu di Amber Park Porridge. Ayok makan bubur. Gitu.

 

 

 

3. Lepak Bangkong

Lepak Bangkong tempat yang sangat sesuai kalau kamu mahu lepak-lepak santai bersama dengan bestie-bestiemu. Konsep Lepak Bangkong ni sangat style dan dia macam konsep Tapak KLCC. Dia ada satu tempat lepak di tengah-tengah dan kelilingnya ada macam-macam jenis gerai makanan yang boleh kamu order dan makan. Ada kedai soto, nasi kuning, goreng-goreng, ada sayap,sate dan macam-macam lagilah. Yang bestnya lepak sini, view cantik ada lampu-lampu. Kalau mahu untuk gambar ig atau mewarna, nah lepaklah kamu di sini geng.

Bestnya sini juga, kalau macam ada match bola Sabah dorang selalu buka LCD dan layar untuk nonton bola. Nah jadi melepak kamu gais di sini sama bestiemu. 

 

 

 

4. Miss Martabucks

Suka makan terang bulankah kamu? Atau martabak? Mahu cari kelainan martabak? Nah, di sini pokoknya kamu wajib try. Konsep makanan di Miss Martabucks ni sangat menarik dan special. Kira satu-satunya di Tawau. Sebab dorang bawa konsep martabak daripada Bandung Indonesia. Martabak ni sebenarnya kalau di Indonesia dia macam pancakelah. Pancake yang di atasnya ada macam-macam perisa macam cheese, coklat, kacang, jagung dan macam-macam lagilah. Begitulah juga konsep yang dibawakan di Miss Martabucks.

Kalau kamu mencari makanan yang rare lain daripada lain, ke mari kamu gais. Mencuba martabak di Miss Martabucks. Anak-anak pokoknya suka ni makan martabak. 

 

 

 

5. Hanshik Korean Food

Mana sini penggemar makanan korea? Ayok. Kalau kamu mahu mencari makanan-makanan korea macam dalam korea tu, sinilah kedainya. Dorang ada jual macam-macam jenis makanan korea seperti Spicy Chicken Kombo, Kimbap, Ramen, Teokbokki, set mukbang dan macam-macam makanan korea lainlah. Pokoknya sampai lunas. Di sini kamu cari makanan-makanan korea ya. 

 

 

 

6. Chiffonade

Restoran Chiffonade antara tempat favourite min. Lebih dikenali sebagai kedai Manchester United oleh orang-orang Tawau. Sini best makanan dorang Shellout Cangkul. Portionnya besar dan banyak. Shelloutnya pun sedap serious talk. Selalu dipenuhi oleh keluarga-keluarga yang mahu spent time sama-sama atau sambut hari jadi dan function-function lain.  Makanan lain pun ada juga yang goreng-goreng. Kalau sarapan sini best, mee tauhunya. Kalau kamu cari sarapan pagi-pagi bolehlah try mee tauhu di sini.

Bah apa lagi gais, ayok lepak di Chiffonade. 

 

 

 

7. Deecost Cafe

Mana orang Muhibbah? Mesti tahu tempat ni di mana kan? Nah Deecost Cafe ni  menu killer dorang Shellout udang, ketam dan kerang. Ada juga makanan lain yang sedap. Paling best, penghantaran makanan di kedai ni percuma? Ah seriouslah percuma? Betul bah. Try kamu order.

Suasana kedai pun best. Di tepi kedai ni ada satu kawasan cantik untuk duduk-duduk makan. Ada lampu-lampu dan kadang-kadang ada juga abang-abang buskers datang menyanyi. So, bagi min, kalau kamu cari tempat lepak di area Muhibbah, Univilla atau Taman Ria, kamu patut try lepak di sini. Okay?

 

 

 

8. First Kitchen

Tinggal di Megah jaya kah kamu? Nah, sini kamu lepak makan sama keluarga mu di First Kitchen. Suasana open air sangat-sangat menarik dan enjoy. Banyak makanan yang sedap di sini, salah satunya Mee Kari Chicken Chop dan macam-macam lagi. Air minuman dorang pun sangat sedap dan berbaloi dengan harganya. So, jangan lupa untuk try makan di sini First Kitchen Tawau. 

 

 

 

9. Che Man Burger

Pernah kamu rasa Burger Cheese Bertapok? Aduh, kalau belum sini kamu try di kedai Che Man Burger. Burger Cheese Bertapok sini sangat sedap. 9/10 lah pokoknya. Sebab patty burger tu dorang buat sendiri homemade. Dengan sos sendiri lagi. Aduh Sedapnya. Air green tea dorang pun sedap. Kombinasi yang idol kalau makan dengan burger cheese bertapok. Budak-budak mesti suka makan burger cheese bertapok ni. Orang tawau patut try.

 

 

 

10. Gerai Ikan Bakar & Gerai Satay Fujimart Tawau

Bah gais, kalau kamu mahu makan ikan bakar, sayap-sayap dan sate sama kawan, sini kamu lepak di Fujimart Tawau. Suasana open air sambil ditemani bintang dan bulan di malam hari, pokoknya romantis. Mungkin ramai yang tidak tahu kewujudan kawasan gerai satay dan ikan bakar Fujimart Tawau ni. Tapi ya, sini pun ramai peniaga-peniaga yang menjual makanan. 

Jadi jangan lupa untuk singgah dan lepak makan di sini gais. 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.