Ustaz Wadi Anuar Bakal Ke Tawau?Jom Kenali Siapa Beliau.

 



Mungkin ada lagi yang belum mengenali susuk tubuh seorang penceramah agama yang terkenal ketika ini di Malaysia iaitu Ustaz Wadi Anuar. Beliau terkenal ketika ini disemua platform media sosial berkenaan dengan ceramah-ceramah yang disampaikan oleh beliau. Ceramah beliau banyak memberikan perkongsian berkenaan dengan Akhir Zamn, Akhirat dan Sirah Rasulullah.

 

 
Nama sebenar beliau adalah Mohamad Wadi Annuar Bin Ayub yang telah dilahirkan di Kota Kuala Muda, Kedah. Beliau mendapatkan pendidikan Kelulusan Jurusan Syariah & Bahasa Arab di Institut Fatah Islami, Damsyik, Syiria. Sekarang menetap di Sungai Petani, Kedah.

Pengalaman beliau begitu meluas didalam menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Diawal perjalanan, beliau pernah menjadi Pengetua Maahad Tahfiz Al-Annuar dari Tahun 2016 sehingga 2018. Kemudian, beliau juga pernah menjadi Selebriti di Tv Al Hijrah untuk rancangan Semusim Di Barzakh. Selain daripada bidang ceramah, beliau juga merupakan Pengerusi NGO Ikatan Ilmuwan Islam Kedah (ISLAMI).

 

 

Menerusi laman Facebook Masjid Al Kauthar Tawau, Ustaz Wadi Annuar akan mengadakan ceramah perdana sempena dengan Hari Kebangsaan. Persediaan Masjid Al Kauthar dalam menyambut kedatangan Ustaz Wadi Anuar perlu dipuji kerana persiapan yang dilakukan begitu rapi sehinggakan skrin-skrin LED disediakan bagi memberikan kesempatan dan keselesaan kepada mereka yang hadir di Masjid Al Kauthar nanti untuk menyaksikan ceramah tersebut.

 

 

 
Jom sama-sama hadirkan diri dalam ceramah perdana yang akan dijalankan pada  3 September 2022 bermula selepas Isyak. Orang ramai diminta untuk hadir awal bagi mengelakkan kesesakan dan mudah untuk mendapat tempat. 

Leave a Reply

Your email address will not be published.