Dua Rumah Di Lorong Haji Sundu Musnah Terbakar

Lebih kurang 10 pagi tadi, satu kejadian kebakaran telah berlaku di Lorong Haji Sundu, Batu 2 Jalan Apas. Dengan kepulan asap yang kuat, menarik perhatian netizen dengan kejadian kebakaran tersebut.

Memetik laporan Facebook Page Tawau Syurga, dua buah rumah telah musnah akibat kebakaran yang berlaku. Namunpun begitu, api sempat dikawal daripada terus merebak dan berjaya menyelamatkan beberapa buah rumah, masjid dan motokar daripada terus dijilat api.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Julius John Stephen, pasukan Bomba menerima panggilan kecemasan kira-kira 9.36 pagi tadi dan terus bergegas ke lokasi kejadian. Seorang mangsa dikejarkan ke Hospital Tawau untuk menerima rawatan setelah ditemui tidak sedarkan diri di kawasan kebakaran.

Operasi pemadaman api kebakaran kali ini diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan, Kasdi Latimin dan turut dibantu Pasukan Bomba Komuniti Titingan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Sumber : Facebook Page Tawau Syurga dan Jabatan Bomba Tawau

Leave a Reply

Your email address will not be published.