Program Berkhatan Cuti Sekolah 2024 di Masjid Aman Tanjung Batu Tengah

berkhatan


TAWAU – Musim cuti sekolah diwarnai dengan kegembiraan dan keberkatan di Masjid Al-Aman, Kampung Tanjung Batu Tengah. Bahagian Zakat & Fitrah (MUIS) Cawangan Tawau, bersama Anjung Pendidikan Asnaf Tawau (ANPA) dan Persatuan Penduduk Tanjung Batu Tengah (PATBAN), mengadakan Program Berkhatan Cuti Sekolah 2024. Program ini, yang diadakan setiap tahun, berjaya mengumpulkan seramai 100 orang kanak-kanak untuk mengikuti program berkhatan.

berkhatan

Acara dimulakan dengan taklimat kesihatan yang disampaikan oleh A.K Mohd Azlan bin P. Shamsudin, Pen. Pegawai Perubatan Kesihatan Tawau. Program kemudian dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk Ustaz Malai Ali bin Malai Ahmad, Timbalan Yang Di-Pertua MUIS, yang turut diiringi oleh En. Iwansuzairie Bin Hari, Timbalan Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Zakat & Fitrah (MUIS) Ibu pejabat Kota Kinabalu.

Baca Juga : Cungkil Bakat Melalu Sukan Futsal

Selepas majlis perasmian, peserta disajikan dengan semburan air dari jentera Balai Bomba dan Penyelamat Tawau. Walaupun basah kuyup dan sejuk, keriangan dan semangat kegembiraan menyelubungi peserta yang bermain air dengan rakan-rakan mereka. Mereka menyambut pengalaman baru seiring dengan memasuki alam remaja.

berkhatan

Program ini dikendalikan secara percuma oleh Bahagian Zakat & Fitrah (MUIS) Cawangan Tawau sebagai satu bentuk bantuan kepada masyarakat. Ia menunjukkan peranan dan fungsi MUIS dalam mengawal selia serta mengembangkan dana zakat dan fitrah, serta mengagih-agihkannya mengikut tuntutan syarak. Dengan mengadakan program sebegini, Bahagian Zakat & Fitrah (MUIS) berharap dapat memperkuat hubungan mesra dalam masyarakat, menjadikan masyarakat yang harmoni dan penuh keakraban.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *