Pot Penagih Diserbu Polis Tawau

Tawau – Sepasukan polis dari Balai Polis Sri Indah diketuai oleh ASP Asran Bin Julkarnain telah membuat serbuan di sebuah pondok di kawasan Kg Wakuba dipercayai dijadikan ‘pot’ penagih dadah.

Ketika sampai di pondok tersebut, (1) lelaki telah cuba untuk melarikan diri namun gagal dan dapat ditahan oleh polis.
Pemeriksaan ke atas tubuh badan suspek mendapati 1 bekas bewarna hijau dijumpai dan didalamnya mengandungi (11) peket plastik lutsinar mengandungi serbuk kristal disyaki syabu anggaran berat 2.40 gram.

Suspek kemudiannya dibawa balik ke IPD Tawau untuk siasatan lanjut. Kes disiasat dibawah seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *