Pendaftaran Mengundi Secara Automatik Dilaksana – Dr. Azmi Sharom

Pilihanraya ke-15 bakal berlangsung tidak lama lagi. Terdapat beberapa perkara yang perlu diketahui oleh pengundi-pengundi baharu diluar sana. Jom ikuti artikel kali ini.

Umur 18 Tahun Boleh Mengundi?

Bagi mereka yang telah mencapai umur 18 tahun, mereka telahpun layak untuk menjadi pengundi. Umur 18 tahun telahpun diiktiraf sebagai umur dewasa di peringkat antarabangsa. Dengan itu, mereka telah layak untuk menunaikan hak mereka sebagai pengundi. Individu yang berumur 18 tahun juga bukan sahaja telah layak untuk mengundi, tetapi mereka juga telah layak untuk dijadikan sebagai calon pilihanraya.

Automatic Registration Dilaksana

Untuk sistem sebelum ini, setiap individu yang telah layak untuk mengundi harus mendaftarkan diri sebagai pengundi samada daftar secara fizikal dengan mengunjungi agensi tertentu atau mendaftarkan diri secara dalam talian. Namun, sekarang ini, sistem pendaftaran mengundi telahpun diubah kepada sistem pendaftaran secara automatik iaitu individu yang berumur 18 tahun didaftarkan secara automatik dan tidak perlu untuk mendaftarkan diri.

Boleh semak maklumat pengundi pada pautan berikut : https://mysprsemak.spr.gov.my/semakan

Jika sebelum ini, sistem pendaftaran mengundi mengambil masa lebih kurang 3 ke 5 bulan sebelum dapat menjadi pengundi, namun sekarang ini proses menjadi lebih mudah dengan pendaftaran secara automatik.

Isu Pilihanraya Di Malaysia

Terdapat pelbagai isu berkenaan dengan pilihanraya di Malaysia. Menurut Dr. Azmi Sharom yang merupakan Timbalan Pengerusi SPR, ‘trust deficit’ menjadi antara permasalahan yang berlaku di Malaysia terutamanya ketika pilihanraya. Antara isu yang berlaku adalah berkaitan dengan pengiraan undi yang tidak telus, malahan di Sabah pula berlaku isu menggunakan ‘Projek IC’. Namun, isu ini cuba diatasi oleh SPR dengan berlaku telus atau bersifat ‘transparent’ kepada masyarakat bagi memastikan isu sedemikian tidak berlaku.

Untuk menyaksikan video penuh temubual bersama dengan Dr. Azmi Sharom, Timbalan Pengerusi SPR, sila klik pada pautan berikut : https://fb.watch/g7gvEvkjLO/

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *