Perkembangan Semasa Malaysia Dapatkan Perdana Menteri ke-10

Menyingkap kronologi semasa untuk Malaysia mendapatkan Perdana Menteri ke-10

Kronologi Pilihanraya Umum 15

19 Nov 2022
19 Nov 2022 merupakan hari pengundian bagi seluruh rakyat Malaysia.

20 Nov 2022
Pengiraan undi berlangsung dan sekitar pukul 4 pagi, keputusan pilihranya telahpun diumumkan iaitu 82 kerusi dimenangi oleh Pakatan Harapan, disusuli dengan 73 kerusi daripada Perikatan Nasional manakala 30 kerusi dimenangi oleh Barisan Nasional. Lain-lain kerusi dimenangi oleh GPS sebanyak 23 kerusi, GRS 6 kerusi, Warisan 3 kerusi dan calon bebas 4 kerusi.

20 Nov 2022
‘Hung Parliment’ berlaku akibat tidak ada satu parti pun mendapat kerusi majoriti untuk membentuk kerajaan. Susulan daripada situasi tersebut Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan memulakan perbincangan bersama beberapa parti untuk mendapatkan sokongan.

20 Nov 2022
GPS menyatakan hasrat untuk bersama dengan Perikatan Nasional untuk membentuk kerajaan.

21 Nov 2022
Pengerusi Barisan Nasional menyatakan hasrat untuk bergabung bersama dengan Pakatan Harapan bagi membentuk kerajaan

22 Nov 2022
Barisan Nasional memutuskan untuk tidak menyatakan sokongan kepada mana-mana pihak samada Perikatan Nasional mahupun Pakatan Harapan.

22 Nov 2022 – 2 petang
Pukul 2 petang, waktu akhir untuk ketua-ketua parti menghantar bukti sokongan kepada YDPA. Setelah itu YDPA memanggil ketua bagi kedua-dua parti iaitu Tan Sri Muhyidin Yasin dan Dato’ Sri Anwar Ibrahim untuk menghadap baginda di Istana

22 Nov 2022 – 5.30 petang
Kedua-dua calon Perdana Menteri selesai menghadap YDPA. Keputsan bersama tidak dapat dicapai menerusi perbincangan. YDPA titah 30 ahli Barisan Nasional untuk menghadap pada 23 Nov 2022.

22 Nov 2022 – 9.30 malam
Pada sebelah malam, BN telah mengadakan mesyuarat. Mesyuarat selesai lebih kurang 11.30 pagi dan ingin membuat permohonan penangguhan menghadap YDPA.

23 Nov 2022 – 11 pagi
Ahli-ahli BN menghadap YDPA yang didahului dengan pemimpin-pemimpin BN seperti Zahid Hamidi dan Mohamad Hasan. GPS juga dilaporkan akan menghadap YDPA.

23 Nov 2022 – 11.58 pagi
Ahli GPS dilihat keluar daripada Istana Negara, selesai menghadap YDPA.

23 Nov 2022 – 1.30 petang
Raja-raja akan bersidang esok.

23 Nov 2022 – 10 malam
BN mengadakan mesyuarat

24 Nov 2022 – 1 pagi
BN menyatakan akan akur dengan titah YDPA untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan

24 Nov 2022 – 10.30 pagi
Majlis Raja-Raja bersidang dan tamat lebih kurang sejam selepas itu.

24 Nov 2022 – 12 tengahari
Lim Guan Eng, Anthony Loke menyatakan permohonan maaf kepada GPS. Manakala GRS menyatakan akan senada dengan GPS untuk patuh titah YDPA tubuh Kerajaan Perpaduan.

24 Nov 2022 – 1 petang
Perikatan Nasional membuat satu kenyataan baharu untuk menyokong titah YDPA untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan melalui Hamzah Zainuddin.

24 Nov 2022 – 1.40 petang
Istana Negara mengeluarkan satu kenyataan memaklumkan bahawasanya Anwar Ibrahim dilantik menjadi Perdana Menteri-10.

24 Nov 2022 – 5 Petang
Majlis Angkat Sumpah Perdana Menteri Malaysia Ke-10.

Ini adalah artikel perkembangan semasa, berita selanjutnya akan sentiasa dikemaskini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *