124 Pendatang Asing (PATI) dihantar pulang ke negara asal

TAWAU; 25 NOV 2022 (Jumaat) – Seramai 124 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Indonesia dihantar pulang ke negara asal melalui pelabuhan Tawau ke Pelabuhan Nunukan, kelmarin.
Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah, Datuk Sharifah Sitti Saleha Habib Yusoff berkata, kesemua PATI berkenaan merupakan tahanan dari Depot Imigresen Kota Kinabalu, Papar dan Sandakan.

Katanya, daripada jumlah tersebut, 106-orang merupakan tahanan lelaki, 14-orang perempuan diikuti 4 kanak-kanak berumur bawah 12-tahun.

Katanya lagi, PATI yang ditahan didapati melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/1963 dan peraturan-peraturan Imigresen 1963.

Hukuman yang dikenakan adalah berdasarkan Akta Imigresen dan proses perundangan negara sehingga tindakan pemindahan keluar dari negara yang turut mendapat kerjasama daripada Konsulat Jenderal Republik Indonesia.

May be an image of 8 people, people sitting and people standing

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Imigresen Negeri di Kota Kinabalu.

Mengulas lanjut, Datuk Sharifah mengingatkan majikan di negeri ini agar memastikan pekerja yang digaji mempunyai dokumen dan pas kerja yang sah untuk diambil bekerja.

 

May be an image of 9 people and people standing

Menurutnya, Operasi penguatkuasaan akan terus dilaksanakan dalam usaha membendung kemasukan PATI ke negara ini.

Sumber: Fb TawauSyurga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *