Untuk pengetahuan anda para ibu bapa, setiap kerajaan negeri di seluruh negara ada memperkenalkan Bantuan Bayi Baru Lahir dengan kadar bermula RM100 sehingga RM1,000. Bantuan ini hendaklah menepati syarat yang telah ditetapkan. Berikut panduan lengkap untuk anda melakukan permohonan.
Bantuan ini sebenarnya ini adalah inisiatif setiap kerajaan negeri bagi meringankan beban ibu ayah serta menggalakkan lagi kadar kelahiran di Malaysia.
Kami kongsikan kepada anda cara untuk memohon bantuan bayi baru lahir bagi negeri Sabah tahun 2022.
Bantuan Bayi Baru Lahir 2022 Negeri Sabah
Perlaksanaan bantuan yang memperuntukkan dana sehingga RM 5 juta ini merupakan salah satu komitmen kerajaan negeri terhadap pembangunan modal insan di samping menggalakkan ibu bapa untuk menabung bagi tujuan pendidikan anak sejak awal kelahiran.
Ibu bapa yang berminat dialu-alukan untuk kemukakan permohonan bantuan yang ditawarkan.
Syarat-Syarat Kelayakan
Ibu bapa yang berminat untuk kemukakan permohonan perlulah menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :
Bayi tersebut berstatus warganegara Malaysia yang lahir pada tahun 2022 dan ibu/bapa/penjaga yang berasal dari Sabah
Simpanan sebanyak RM100.00 akan dibuka atas nama bayi dalam akaun SSPN.
Simpanan boleh dikeluarkan apabila penerima manfaat berusia 18 tahun.
Cara Memohon
Terdapat 2 kaedah permohonan yang ibu bapa boleh lakukan iaitu :
i) Atas Talian (Online)
Layari pautan permohonan berikut https://cutt.ly/OnlineBISTARI.
Lengkapkan borang permohonan di pautan berikut.
Muat naik dokumen yang diperlukan.
Pastikan semua maklumat yang diisi adalah lengkap.
Klik butang “Submit” untuk menghantar permohonan.
ii) Borang Permohonan
Muat turun borang permohonan di pautan berikut https://cutt.ly/BorangBistari.
Isi borang permohonan tersebut dengan lengkap.
Sediakan dokumen yang diperlukan.
Hantar borang permohonan beserta dokumen yang diperlukan ke alamat berikut:
Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas
Blok A, Tingkat 29, Menara Kinabalu
Jalan UMS, Teluk Likas
88400 Kota Kinabalu, Sabah
Ibu bapa juga diminta untuk sertakan bersama dokumen yang diperlukan seperti yang disenaraikan di bawah :
Sijil lahir bayi
Kad pengenalan ibu bapa