Kisah Inspirasi Pemilik dan Pengasas Ess Kocok Get Fresh Tawau

Tawau syurga makanan dan minuman tempatan. Sebut sak pasal Tawau, terbayang di kepala nasi lalap, martabak jawa, terang bulan dan macam-macam makanan lain lah. Tapi tahukah anda, Tawau juga kaya dengan pelbagai minuman lokal tempatan yang mempunyai jenama sendiri yang dibangunkan dan diusahakan oleh orang Tawau. Kali ini, kami kongsikan kepada anda salah satu brand lokal minuman tempatan yang berasaskan buah-buahan yang segar yang diusahakan oleh peniaga tempatan.

May be an image of dessert and indoor

Asal Usul Ess Kocok Get Fresh Tawau

Ess Kocok Get Fresh Tawau merupakan perniagaan air minuman yang berasaskan buah-buahan yang segar seperti manga, durian, buah naga, avocado dan pelbagai jenis buah-buahan yang lain. Perniagaan ini diusahakan oleh pasangan suami isteri iaitu Puan Erliana Said dan Tuan Munir Aziz.

May be an image of standing and outdoors

Ketika ditanya kenapa membuat perniagaan air minuman buah ini, mereka menjelaskan kebanyakan air minuman di Tawau ini adalah air minuman yang berasaskan boba. Jadi mereka ingin mencuba kelainan dengan membawakan air minuman yang segar dan berkhasiat buah-buahan untuk dicuba dan dirasai oleh warga Tawau. Kebanyakan buah-buahan yang digunakan diperolehi daripada peniaga-peniaga buah buahan di Pasar Tawau. Siapa sangka Ess Kocok Tawau kini sudah mula mendapat tempat dalam kalangan warga Tawau.

 

Jenis Minuman Ess Kocok Tawau

Terdapat dua jenis minuman yang disediakan iaitu Ess Kocok buah dan juga Bingsoo buah. Untuk kedua-dua jenis minuman ini antara buah-buahan yang digunakan ialah Avocado, manga, durian dan buah naga. Ess kocok ini merupakan idea inspirasi daripada minuman Indonesia manakala  bingsoo buah pula terinspirasi daripada Korea. Mereka juga punya minuman seasonal iaitu Musang King yang hanya ada dalam bulan yang tertentu mengikut musim buah durian.

May be an image of 1 person, drink and food

Tuan Munir juga berkongsi idea dan konsep minuman ini merupakan idea asal daripada isteri beliau yang suka melancong dan suka dengan makanan-makanan street food. Jadi konsep-konsep makanan dan minuman luar inilah yang dibawa ke Tawau untuk dirasai sendiri oleh warga tempatan.

May be an image of dessert, fruit, indoor and text that says "ESs kocok GET FRESH Bingsoo Mango"

May be an image of dessert and indoor

Sejarah Lokasi Awal Ess Kocok Tawau

Pada awalnya mereka hanya beroperasi di caravan kecik yang terletak di Sthamin Jalan Kuhara bermula tahun 2021. Selepas itu, mereka pindah ke Gemilang Jalan Kuhara dan beroperasi selama 2 bulan. Kini, mereka beroperasi di Jalan Chester Tawau lebih kurang dalam 1 bulan lebih.

Waktu Operasi dan Lokasi

Waktu operasi kedai ini setiap isnin-khamis jam 8 pagi sehingga 5 malam. Manakala bagi hari jumaat-sabtu jam 8 pagi sehingga 10 malam. Lokasi mereka terletak di Jalan Chester bersebelahan dengan Kedai Emas Masempo.

May be an image of 3 people, street, sky and road

Visi

Visi dan misi pengusaha Ess Kocok Get Fresh Tawau cukup besar, semoga suatu hari nanti akan ada franchise Ess Kocok Tawau. Amin.

Apa pun syabas dan tahniah buat pemilik Ess Kocok Tawau kerana berani mencuba sesuatu yang baru dengan memperkenalkan minuman berasaskan buah-buahan kepada warga Tawau. Semoga jenama lokal Ess Kocok ini akan dikenali di Sabah dan Malaysia. Tiada yang mustahil. Semoga Ess kocok akan mendunia from lokal to global!

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *