3,000 orang penuhi Dataran Muhibbah Square

Perlawanan akhir Piala Dunia Qatar 2022 antara Argentina dan Perancis di Tawau rancak dan meriah dengan program-program santai menonton perlawanan akhir yang diadakan untuk warga Tawau. Tidak ketinggalan, Adun N70 Kukusan Rina Hj Jainal juga mengadakan program Santai Kukusan untuk masyarakat setempat.

Program Santai Piala Dunia Qatar 2022  anjuran N70 Kukusan ini telah berlangsung di Dataran Muhibbah Square Muhibbah Tawau bermula jam 8 malam sehinggalah perlawanan tamat sekitar jam 2 pagi.

May be an image of one or more people, people standing and crowd

Pengisian Program

Antara pengisian program Santai Kukusan cabutan bertuah, face painting, street soccer, flash mob dan acara kemuncak nonton perlawanan akhir piala dunia di screen LED secara beramai-ramai. Program ini mendapat sambutan penduduk kawasan setempat dan sangat meriah. Dianggarkan lebih kurang 3,000 orang memenuhi dataran Muhibbah Square untuk menonton perlawanan akhir ini.

 

May be an image of 7 people, people sitting, people standing and headscarf

May be an image of 7 people, people standing and headscarf

Semoga akan lebih banyak lagi program aktiviti santai seperti ini akan diadakan untuk masyarakat dan orang-orang Tawau. Tahniah diucapkan untuk penganjur dan warga Tawau yang memeriahkan program Santai Kukusan.

Sumber: Fb Rina Hj Jainal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *