Mana penggemar dan peminat minuman Tawau? Tawau ni ada banyak kedai dan gerai yang menjual macam-macam jenis minuman manis, kopi, blend untuk orang Tawau. Nah, kali ni min mahu share satu gerai kecil yang menjual minuman wajib dicuba oleh orang-orang Tawau.
Menu Minuman
Antara minuman yang anda patut cuba ialah Teh Kaw, Teh Cincau Gula Melaka, Kopi Kampung dan menu paling istimewa Kopi Tapai. Harga pun sangatlah berpatutan. Siapa peminat tapai tu apa lagi, cuba try testlah minuman special dorang Kopi Tapai. Fuh Power!
Lokasi
Lokasi mereka terletak di Shell depan Kompleks Sukan Tawau. Kalau dari bandar mahu ke Pasir Putih tu, nanti nampak stesen Shell sebelah kiri betul-betul berhadapan dengan kompleks sukan dan dorang ada jual kopi di caravan kecil di situ. Jadi apa tunggu lagi gais jangan kasi lama.